Hibah Untuk Sayang

SILA KLIK BANNER UNTUK DAPATKAN QUOTATION LENGKAP DAN PROMOSI ISTIMEWA BUAT ANDA!

Kenali Saya, Your Family Takaful Expert.

Saya Fadhliyansah Saipul atau lebih dikenali sebagai Fadhli. Pada tahun 2016 merupakan kali pertama saya mempercayai bahawa Takaful berfungsi ketika ia benar-benar diperlukan.

Walaupun saya dan isteri telah mencarum sejak tahun 2013 lagi. Namun saya masih ragu-ragu kerana perlu membayar sumbangan Takaful setiap bulan tetapi tidak pula menggunakannya.

Pada bulan Mac, anak ke 2 saya, telah mengalami masalah paru-paru dijangkiti kuman dan masalah pernafasan ketika usianya 6 bulan. Doktor mengarahkan kami untuk bersedia kerana dia perlu dirawat dengan segera. Pada waktu itu, polisi takafulnya hanya berusia kurang 150 hari dan anak ke 2 saya perlu untuk dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) dengan segera. Selama hampir 30 hari anak saya menerima rawatan. Kami suami isteri sampai kehabisan cuti tahunan dan terpaksa bercuti tanpa gaji kerana perlu menjaga anak yang sedang sakit.

Alhamdulillah, berkat rahmat Allah swt bil rawatan anak ke 2 saya telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak PruBSN Takaful.

Tak dapat saya bayangkan, jika saya sendiri yang jatuh sakit atau meninggal dunia. Pastinya isteri saya terpaksa menjaga saya dan dalam masa yang sama menguruskan anak-anak. Bagaimana pula dengan pekerjaannya? Pastinya sumber pendapatan akan terjejas. Manakala, anak-anak kami yang masih kecil pasti tidak boleh berbuat apa-apa, malahan mereka akan turut diuji.

Daripada pengalaman inilah yang membuatkan saya faham akan fungsi sebenar dan sebab kenapa setiap orang memerlukan Pelan Takaful. Setiap yang sihat akan sakit, yang hidup akan mati. Namun adakah kita mahu menjadikan ahli keluarga kita sebagai mangsa keadaan oleh kerana kita tidak menyediakan perancangan yang terbaik buat mereka?

Dapatkan konsultasi dan informasi lanjut sekarang.

Klik di sini untuk informasi lanjut berkenaan perancangan & perlindungan Takaful terbaik buat anda dan keluarga yang tersayang.

Hubungi Fadhli Sekarang.

https://hibahutksayang.wasap.my

https://hibahutksayang.wasap.my

https://hibahutksayang.wasap.my

Cara terbaik untuk menabung

Seperti yang published di Blog Sakupenuh.com

Semasa menghadiri Workshop SakuPenuh 2.0 pada 14 Ogos 2016 Ustaz. Shazly menekankan yang kita perlu membina tabungan. 1/10 atau 10% daripada setiap jumlah pendapatan bersih yang diterima. Tabungan bukan dinilai dari jumlah pendapatan yang anda perolehi, tetapi dinilai dari berapa banyak yang anda simpan! Continue reading “Cara terbaik untuk menabung”

8 Hobi jana pendapatan

Salam.

Ramai orang ada hobi, kegemaran dan kesukaan yang dilakukan pada bila-bila masa yang terluang. Ada orang suka melayari internet, suka ubah suai kereta, kumpul setem, duit syiling dan tidur. Walau apa pun hobi kita, sebaiknya hobi tersebut biarlah yang mendatangkan manfaat, tidak memudaratkan dan menggembirakan! Continue reading “8 Hobi jana pendapatan”

Audit diri di permulaan 2016 untuk keseimbangan hidup

Salam.

Macam-macam dah viral tentang orang yang berniaga pada hari ini. Ada Donut 10sen, ada Nasi Lemak Spiderman. Apa pun ia, semoga semua perniagaan yang halal diberkati Tuhan. Kalau dilihat dari sudut sambil lewa, orang ramai kata yang mereka ini tiada kerjapublisiti murahan dan sebagainya. Ramai juga yang melemparkan kata pujian..serta cemuhan. Eh, biarkanlah apa cara sekalipun, kalau ianya halal tetap halal. Continue reading “Audit diri di permulaan 2016 untuk keseimbangan hidup”

Panduan penting sebelum membeli rumah

Salam.

Kalau tanya ramai orang mengenai beli rumah kebanyakan akan cakap mesti ada 10%. Tapi sebenarnya nak selamat sediakan 15% hingga 20% daripada harga rumah tersebut. Beli rumah adalah satu pelaburan yang besar & panjang. Pastikan tahu matlamat, kekuatan dan kelemahan kewangan sendiri. 

Saya cuba kongsikan secara lengkap berdasarkan pengalaman membeli rumah pertama saya, pemahaman dan pembelajaran tentang pembelian rumah supaya kita tahu apa yang kita perlu tahu untuk membeli rumah pertama khasnya. Semoga bermanfaat. Continue reading “Panduan penting sebelum membeli rumah”

Pentingnya ilmu pengurusan kewangan

Salam.

Ramai ibubapa runsing apabila anak-anak minta duit saku lebih. Bila beri lebih, tak pernah pun ada baki! Boros!

Jom tanya diri kita, berapa kali dalam satu minggu kita berbincang dengan anak-anak mengenai wang? Berapa kali pula kita pesan pada anak kita untuk simpan 10% daripada duit belanja yang kita berikan? Berapa kali kita tanya mereka, apa yang mereka belanjakan dengan wang yang diberikan? Continue reading “Pentingnya ilmu pengurusan kewangan”

Orang muda dan kereta

Salam.

Kereta adalah liabiliti. Banyak tips beli kereta untuk orang muda, paling utama, kita tidak disyorkan untuk beli kereta 1st hand / kereta yang ada ikatan dengan bank. Hutang lama (biasa orang ambil 9 tahun, susut nilai kereta teruk menigkat).

Orang muda maklumlah muda, suka benda baru dan bergaya. Beli kereta baru adalah trend kebanyakan orang muda sekarang. Baru mula kerja, dah beli kereta dan buat loan. Ada yang belum kerja tetap dah beli kereta gunakan “graduate scheme 0% down payment”.

Continue reading “Orang muda dan kereta”

Beli rumah di usia muda

Salam.

Saya berumur 25 tahun di tahun 2015. Alhamdulillah mula bekerja secara tetap pada tahun 2012 (sebelum bergraduat) dengan gaji RM1800. Berkahwin pada tahun 2013. Membeli rumah pertama pada tahun 2014. Dianugerahkan seorang anak perempuan pada tahun 2015. Rezeki Allah beri, kita hanya mampu merancang.

Rumah pertama saya adalah sebuah apartment di Nilai, Negeri Sembilan. Harga below market price dan berpenyewa. Saya duduk menyewa di Kajang, tiada kereta baru (ada kereta second hand). Suami isteri bekerja dan sedang sambung Master (taja sendiri).

Kenapa saya beli rumah dan bagaimana saya mampu? Continue reading “Beli rumah di usia muda”

11 Tips Bakal Bapa

Salam.

Kahwin dah kahwin, majlis pun dah selesai. Atas limpah kurniaNya, ramai bakal menjadi ibu dan bapa. Sesi upload gambar pregnancy test pun bermula, status “Alhamdulillah………” juga banyak!

Anyway, tahniah diucapkan.

Banyak lagi cabaran baru yang bakal dihadapi lebih-lebih lagi bagi pasangan yang pertama kali nak menimang cahaya mata.

Berikut dikongsikan beberapa persiapan yang perlu bakal bapa mula lakukan pada fasa kehamilan: Continue reading “11 Tips Bakal Bapa”

15 Perkara untuk kita Repair dan Upgrade ditahun 2016

Salam.

Kurang 10 hari lagi masuk 2016. Tahun yang bakal mencabar bagi seluruh warga Malaysia (dunia mungkin). Apa jadi pada tahun baru nanti, sama-sama kita kekal positif. Mana yang tak kena, kita perlu UBAH!

Dah ada azam tahun baru? Jenguk la checklist berikut untuk kita sama-sama perbaiki diri ditahun baru.

Berikut beberapa perkara positif yang boleh kita (dan keluarga) lakukan (secara konsisten) pada 2016 dan seterusnya. InsyaAllah banyak manfaat.

P/s: Mulakan sebelum tahun baru, supaya tidak rasa berat nanti. Continue reading “15 Perkara untuk kita Repair dan Upgrade ditahun 2016”

Sambung belajar….lagi? – 15 perkara anda perlu tahu

Salam.

Bila dah ada Bachelor degree, jangan berhenti setakat tu. Kalau boleh (bolehkan lah ye) untuk sambung Master degree dan seterusnya Doctoral degree pula! Cumanya, momentum nak sambung belajar ni selalunya slow bila dah mula bekerja. Tapi ramai yang tahu tapi tak ambil peduli tentang kelebihan apabila kita ada Master / PhD.

Sebelum tu, kenapa perlu sambung study lagi? Continue reading “Sambung belajar….lagi? – 15 perkara anda perlu tahu”

Bajet belanjawan

Salam.

Sedangkan Negara ada Bajet Belanjawan, ini pula kita orang biasa.

Jika kita tanya Mr Google, banyak contoh bajet belanjawan bulanan yang telah dicadangkan oleh bloggers dan pakar kewangan di luar sana.

Ramai orang buat bajet belanjawan berdasarkan pendapatan bulanan. Contoh: Mr Stingy & Pakdi

Tapi saya nak share projection belanjawan bagi seorang fresh graduate berdasarkan apa yang saya rasakan perlu.  Continue reading “Bajet belanjawan”

Fresh Graduate dan Gaji

Salam.

Tol dah naik. Kadar kenaikan lebih daripada 50%. Ramai dah menggeluh, tadi baca satu tweet, budak U tengah pergi collect jubah convo.

Persoalannya, kerja dapat x lagi? OK tak apa. Maybe ramai yang sedang mencari.. dan ramai dah dapat kerja.

Mengikut trend sekarang, gaji permulaan bagi seorang Fresh Graduate ber-IJAZAH adalah RM 2500.00 Continue reading “Fresh Graduate dan Gaji”