Kenapa perlu beli rumah sesudah dapat kerja?

Beli rumah itu bagus. Beli kereta juga bagus. Cuma kebagusannya tidak sama bagus.

Kereta adalah liabiliti, manakala rumah juga liabiliti jika kita perlu membayar menggunakan duit kita sendiri. Lain pula jika rumah yang dibeli itu disewakan dan bayaran bulanan dibayar oleh penyewa. Seterusnya lebihan wang itu digunakan untuk pelaburan yang lain. Best bukan?

Kesedaran untuk membeli (dan melabur) dalam hartanah datang awal pada diri saya. Mungkin lambat untuk orang lain. Cadangan saya adalah, apabila anda sudah mula bekerja atau berniaga dan mempunyai pendapatan yang tetap, teruslah rancang untuk membeli rumah seawal mungkin walaupun sekecil 500kakipersegi (asalkan mendatangkan untung). Dah pernah sebut sebelum ini, nak beli rumah mesti ada simpanan (modal). Kalau tak ada, jangan berangan.

Tapi kenapa perlu beli rumah lepas dapat kerja? (jawapan ada dibawah). Kenapa bukan beli kereta? (Jawapan ada di atas). 

#1 Masih muda

Ya! Masih muda. Masa muda kita perlu habiskan dengan berkorban. nanti tua senang. Ambil loan islamic, kalau berlaku apa-apa (meninggal), ada takaful. Rumah jadi milik waris. 

#2 Ansuran rendah

Disebabkan kita baru kerja, gaji pun masih kecil oleh itu rumah yang boleh dibeli pun rumah yang masih murah dengan ansuran rendah. Kalau satu hari ditakdirkan kita tiada kerja, so dengan jumlah ansuran yang rendah tak adalah kita susah payah untuk cari duit membayar ansuran.

Selain itu masih rumah yang murah kadar sewanya adalah mampu bayar. Menurut kajian (tak official) saya, di dalam Malaysia golongan teramai adalah golongan sederhana dan miskin. Orang golongan sederhana takkan nak sewa banglo, paling pun cari rumah teres. InsyaAllah rumah yang bakal dibeli laku berpenyewa (jika strategi betul).

#3 Komitmen rendah

Masa baru kerja mungkin komitmen tak banyak. Maklumlah belum ada mulut yang perlu diberi makan (kecuali kirim wang kepada ibubapa dan bayar loan pendidikan). Diingatkan, jangan sekali-kali bina hutang. Biasakan hidup bersederhana supaya biasa dengan kehidupan low profile dan kurang maintenance. 

#4 Harga hartanah meningkat naik (Baca sini)

Jika kita beli kereta dengan harga RM70k, dalam masa beberapa minit kita menerima kunci kereta tersebut harga jualan kereta itu terus jatuh dan harganya tidak akan sama seperti harga beli. Tak percaya boleh cuba beli dan jual. hehe.

Lain pula dengan hartanah. Tahun demi tahun harganya meningkat. Cukup 5 tahun pegang dan ansuran dibayar oleh penyewa, cuba jual rumah tersebut. Agak-agak untung ke rugi?

#5 Tambah pendapatan

Kalau rumah yang dibeli disewakan, lebihan sewa dah boleh jadi positive cash flow. Boleh buat macam-macam. Simpan untuk kahwi? Simpan dan beli kereta cash? Bagi pada ibu bapa? Apa lagi? Cepat-cepat beli rumah sebelum anda sempit.

#6 Faktor umur

Baru bekerja, umur masih muda. So boleh panjangkan loan sampai 35 tahun. Komitmen ansuran bulanan pun kecil (ansuran yang dibayar oleh si penyewa). Mudah kan? Kalau nak duduk sendiri pun boleh, asalkan anda happy.

WA.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s