15 Perkara untuk kita Repair dan Upgrade ditahun 2016

Salam.

Kurang 10 hari lagi masuk 2016. Tahun yang bakal mencabar bagi seluruh warga Malaysia (dunia mungkin). Apa jadi pada tahun baru nanti, sama-sama kita kekal positif. Mana yang tak kena, kita perlu UBAH!

Dah ada azam tahun baru? Jenguk la checklist berikut untuk kita sama-sama perbaiki diri ditahun baru.

Berikut beberapa perkara positif yang boleh kita (dan keluarga) lakukan (secara konsisten) pada 2016 dan seterusnya. InsyaAllah banyak manfaat.

P/s: Mulakan sebelum tahun baru, supaya tidak rasa berat nanti.

  1. Solat
    5 waktu wajib, yang sunat seperti dhuha, hajat, tabat dll. jangan lupa.
  2. Zakat
    Zakat ada banyak jenis, daripada bayar cukai baik bayar zakat. Dalam Al-Quran dah sebut, tak faham lagi?
  3. Hafal surah & Perbaiki Bacaan
    Dalam Al Quran ada 114 surah. Takkan nak hafal 4 je? Bila Al Quran ada dalam kepala, hati tenang insyaAllah dan jom belajar mengaji. Mungkin pergi berguru? atau baca 1 muka surat satu hari. Buat bekalan akhirat.
  4. Puasa Sunat
    Rajin-rajin puasa sunat untuk elak obesiti, belanja berlebihan disamping mengumpul pahala.
  5. Simpan 10% dari gaji (paling minimum)
    Gunakanlah formula Jumlah Pendapatan (tolak) Simpanan = Belanja. Boleh masuk dalam Tabung Haji.
  6. Kempen Si Hijau
    Simpan setiap wang kertas hijau RM5.00 selama setahun. Disiplin jangan ambil walau satu. Tentukan kemudian nak buat apa dengan duit tu.
  7. Menabung
    Pupuk diri dan keluarga semangat menabung. Simpan setiap duit syiling yang ada dalam poket setiap kali balik kerja contohnya.
  8. Menderma
    Ringan-ringankan tangan untuk beri derma walau se-Ringgit.
  9. Belajar
    Tidak kira sambung postgraduate. Kalau tak nak secara formal, ikutlah kelas woodworking, tentang Financial Freedome atau belajar apa jua kemahiran.
  10. Melabur
    Belajar melabur saham, emas, property dan banyak lagi. Melabur kena banyak ilmu dan sabar.
  11. Memulakan Perniagaan
    Jika anda tidak boleh jana walau seRinggit seminggu melalui internet, anda memang rugi. Ada internet, hp canggih tapi guna untuk sosial sahaja.
  12. Tolong orang
    Set paling kurang tolong orang sekali setiap hari. Tolong angkat barang, tolong mak basuh pinggan. Tolong lah dengan ikhlas.
  13. Bawa bekal
    Sebab semua harga naik, bagus juga kalau dapat bawa bekal makanan pergi kerja/kelas. Jimat..
  14. Gaya hidup sihat
    Makan makanan yang sihat, bersenam, tidur cukup, berhenti merokok dan banyak lagi. Badan sihat, otak cergas. Wang pun jimat!
  15. Extra Language
    Tingkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. Ramai graduan kita tak fasih berbahasa Inggeris. Kalau ada lebih masa, pelajari bahasa Arab (bahasa akhirat) dan bahasa Mandarin (bahasa penguasa ekonomi).

Semoga kita semua istiqamah.

Wallahu A’llam.

Advertisements

2 thoughts on “15 Perkara untuk kita Repair dan Upgrade ditahun 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s