Cara berjimat semasa belajar

Ramai pelajar universiti / kolej komplen kata duit tak cukup. Tak cukup sebab betul tak cukup atau kita yang tak pernah nak cukup?

Ada 7 cara asas nak berjimat semasa masih belajar, ingat tanggungjawab kita untuk belajar bukan membazir.

1. Tinggal di asrama

Kos menetap di asrama selalunya lebih rendah berbanding menetap di rumah sewa. Cuma kena ada aktif dalam aktiviti kolej atau asrama. Pengangkutan, api, air dan internet pun disediakan. Tak perlu runsing nak keluar duit bayar semua tu.

2. Berbasikal

Jika ditakdirkan tak dapat menetap di asrama, cuba cari rumah yang berdekatan dengan kolej/universiti. Beli basikal, RM500 dan hari-hari kayuh ke kelas. Jangan malu. Selain dapat jimat wang, dapat bersenam dan kurangkan pencemaran!  

3. Elak ikut trend

Orang muda mudah terpengaruh. Lagi-lagi dengan trend. Masih darah muda, pantang lihat yang ada gaya. Mesti nak ikut. Cuba elakkan ikut gaya retis, orang yang dah kerja dan orang kaya gaya. HP dan laptop tak perlu advance sangat. Unless korang boleh jana RM10 setiap hari dengan HP tu. 

4. Masak

Masak sendiri ajak kawan serumah untuk join venture. Kata muda, tenaga mesti masih banyak. Badan masih kuat. Apa kata masak dan bawa bekal. Usah malu! Tapi selalu yang buat menyampah bila ada member tak reti nak contribute dan tak reti nak tolong kemas.

5. Cari entertainment (hiburan) percuma

Jadi student kena bijak. Apa sibuk-sibuk nak pergi bersosial di mall. Cuba join aktiviti bermanfaat seperti Program Sukarelawan, Anak angkat dan sebagainya. Banyak sangat program di kolej tu, cuma tak banyak penyertaan. Dapat juga tingkatkan soft-skills. 

6. Elak Berpacaran

Berpacaran sebenarnya menganggu emosi dan kewangan. Nak kena dating, nak kena call nak kena belanja. Membazir juga sebenarnya. Kadang kena pulau dengan rakan-rakan. 

7. Jangan merokok

Merokok ni gaya ke? Rasanya boleh dapat sakit aje. Sakit dari segi kewangan dan kesihatan. Satu hari satu kotak, 30 hari 30 kotak. Kalau satu kotak RM5, 30 hari dah RM150. Lepas dah nak makan dua minggu. Lepas dah nak beli tiket bas dari KL ke Kelantan.

 

*Gambar sekadar hiasan, ehsan google.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s