11 Tips Bakal Bapa

Salam.

Kahwin dah kahwin, majlis pun dah selesai. Atas limpah kurniaNya, ramai bakal menjadi ibu dan bapa. Sesi upload gambar pregnancy test pun bermula, status “Alhamdulillah………” juga banyak!

Anyway, tahniah diucapkan.

Banyak lagi cabaran baru yang bakal dihadapi lebih-lebih lagi bagi pasangan yang pertama kali nak menimang cahaya mata.

Berikut dikongsikan beberapa persiapan yang perlu bakal bapa mula lakukan pada fasa kehamilan:

  1. Ubah
    Cukupkan solat. Perbetulkan diri. Banyakkan lakukan kebaikan dan perkara sunat, berdoa, minta pada Tuhan supaya semua dipermudahkan. Semua orang mahu anak yang soleh, tapi solehkah kita?
  2. Be alert!
    Pelbagai perkara boleh terjadi, cuba lindungi isteri dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan apa pun serahkan pada Tuhan.
  3. Sokong
    Sebagai suami, anda perlu banyak memberi dorongan dan sokongan (secara fizikal dan mental). Beri kata-kata positif, bantu isteri lakukan pekerjaan harian (kemas rumah, masak dll). Ringankan beban isteri. Masa-masa begini isteri sangat fragile. Hatinya rapuh dan badan agak lemah.
  4. Urut
    Cuba bayangkan, dalam perut kita ada seketul daging yang membesar dan memberat dari hari kehari. Rasa-rasa sakit tak badan? Dicadangkan para suami pelajari teknik urutan ringkas untuk hilangkan sengal-sengal badan isteri. Tak pun rajin-rajin offer untuk picit-picit badan isteri tu.
  5. Sabar
    Kadang kala orang mengandung permintaannya lain macam. Tapi ada juga yang biasa-biasa. Apabila anda berhadapan dengan perkara yang banyak dugaan, bersabarlah. Kerana Tuhan mu sedang menguji mu. Jangan merungut, bertekak dan meninggi suara, tak elok anak dengar.
  6. Senam
    Nak mudah bersalin, rajin-rajin bawa isteri pergi bersenam. Senaman berenang, berjalan, naik tangga dan tawaf shopping mall juga tiada masalah. Sama-sama jaga kesihatan. Isteri sihat anda juga mesti sihat!
  7. Layan
    Layan isteri anda sebaik-baik dan selembut mungkin. Belikan hadiah atau makanan kegemarannya dan layan kehendaknya (yang tidak keterlaluan). Kadang, isteri cakap “bang..cuba rasa ni baby gerak…” Terus rasa, jangan tangguh walau masa itu baby dah tak gerak.
  8. Teman
    Cuba teman isteri ketika melakukan pemeriksaan. Jangan biar isteri keseorangan. Teman isteri bangun malam atau ke tandas. Kandungan semakin membesar, pundi kencing semakin ditekan. Temani juga tidur malam anda dengan alunan al Quran.
  9. Belajar
    Ketahui diet pemakanan yang bersesuaian semasa hamil,  jenis senaman, jenis ubat, penjagaan ibu selepas melahirkan, penyusuan susu ibu dan banyak lagi. Tak rugi kalau masuk kelas sekalipun. Tanda tunjuk sokongan kepada isteri dan anak yang bakal lahir.
  10. Masa
    Habiskan masa anda bersama isteri dan keluarga. Kurangkan aktiviti sosial. Terangkan pada rakan-rakan, yang anda perlu selalu ada bersama isteri. Rajin-rajin isi masa dengan solat sunat dan mengaji al Quran bersama isteri.
  11. Bincang
    Bincang dengan isteri mengenai perancangan seperti Hospital Bersalin, tempat berpantang, hal masa depan dan penting juga mengenai kewangan.

Keep smile dan selamat menjadi bapa.

WA.

Diskaun 50% Buku Terpilih

Advertisements

One thought on “11 Tips Bakal Bapa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s