Sambung belajar….lagi? – 15 perkara anda perlu tahu

Salam.

Bila dah ada Bachelor degree, jangan berhenti setakat tu. Kalau boleh (bolehkan lah ye) untuk sambung Master degree dan seterusnya Doctoral degree pula! Cumanya, momentum nak sambung belajar ni selalunya slow bila dah mula bekerja. Tapi ramai yang tahu tapi tak ambil peduli tentang kelebihan apabila kita ada Master / PhD.

Sebelum tu, kenapa perlu sambung study lagi?

  1. Tambah Ilmu / Mendalami minat
  2. Cuba bidang lain (dari Bachelor degree)
  3. Naikkan taraf hidup (promotion)
  4. Kurangkan persaingan & Meningkatkan prospek pekerjaan
  5. Tingkatkan networking (ramai foreign student & orang bekerjaya) 
  6. Pelaburan masa hadapan dan lain-lain.

Sebab-sebab di atas mungkin relevan buat anda dan mungkin tidak. Selain daripada tujuan mengapa perlu sambung study ni, berikut juga 15 perkara yang anda perlu tahu tentang dunia Postgraduate (Master).

  1. Tiada halangan untuk sambung study dalam bidang yang lain (tak sama dengan first bachelor) tapi tak semua program.
  2. Ada TIGA jenis mode pembelajaran yang ditawarkan:
    i. Full Research – Minimum kena attend 2 subjek (Selalunya Research Methodology & Data Analysis) then full research which is Thesis Writing.
    ii. Coursework – Yang ni standard 12 subjek. Masuk kelas dan ada exam.
    iii. Mix Mode – 50% Research & Thesis writing & 50% Coursework.
  3. Duration pula standard requirement
    Full time: 2 – 3 tahun (lokal) 1.5 tahun overseas
    Part time: 2 – 4 tahun
  4. Ketahui pasaran kerja dalam bidang pengajian pilihan anda sebelum anda memohon dan ketahui syarat-syarat kemasukan (dan yuran).
  5. Kebanyakan majikan ragu-ragu dengan Master Online. Kalau nak lagi menarik, dapatkan program luar negara untuk dapatkan lebih recognition seperti Monash University, University of Wollongong dan pelbagai lagi program yang ditawarkan di Malaysia oleh international university. Namun tak kurang hebatnya universiti tempatan kita!
  6. MENTAL, PHYSICAL and FINANCIAL must be prepared.
  7. Kelas satu subjek 3 atau 4 jam seminggu selama satu semester (8 minggu). Kalau ada 4 subjek, 4 hari lah kelas. Selalunya 6.00pm – 10.00pm.
  8. Jadual lebih flexi dan matang – tak ada lagi kot 80% attendance wajib (universiti di Malaysia khasnya)
  9. Boleh tukar mode pembelajaran (kalau tak mampu nak bawa) cuma ada tambahan masa / bayaran ikut kepada program dan syarat yang ditetapkan universiti.
  10. Bagi yang menulis Thesis, diharapkan anda bersedia lebih awal untuk menyiapkan proposal yang LENGKAP pada semester pertama, cari supervisor dan selalunya anda perlu untuk attend Seminar/Bengkel/Conference dan bentang paper.
  11. Untuk yang nak buat Full Time, anda boleh cuba-cuba jadi Research Assistant (RA) kepada pensyarah yang ada geran. 
  12. Pinjaman / Scholarship ada disediakan. PTPTN, JPA, MARA dan lain-lain (boleh search). Kalau ada gaji, boleh self-funding. 
  13. Perlu bijak agihkan masa. Lebih-lebih lagi yang dah bekerja, berkahwin dan ber-anak. Selalu jumpa dengan supervisor, untuk tunjukkan progress, lebih-lebih lagi Master research, agar tidak ketinggalan dan emel/jumpa supervisor setelah siap satu persatu chapter. Supervisor boleh berikan komen, pandangan dan idea. Disamping anda boleh buat pembetulan.
  14. Sentiasa FOKUS! Kalau buat Part Time, selalunya weekend adalah masa terbaik untuk buat assignment, writing atau study. Tapi almaklumlah, di Malaysia ni banyak kenduri. Tak attend karang apa pula. So, pandai2 lah.
  15. Ketepikan budaya undergraduate seperti malu bertanya, malu nak present, malu bercakap, malas berusaha dan segala perkara negatif supaya pengajian anda sukses! Pastikan anda outstanding di dalam kelas (tidak boleh tidak, org arab ckp, La Budda. maksudnya, perlu/wajib) agar pensyarah kenal anda. tunjukkan potensi, selalu volunteer, bagi pendapat dan tambahan idea agar anda dikenali. bila pensyarah nk tanda kertas anda nanti, dia akan ingat apa kelebihan anda.

Anda boleh, semua boleh. Jika bukan sekarang, bila lagi? Jom tingkatkan potensi diri. pepatah Arab ada mengatakan, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

Artikel ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis, mungkin ada informasi yang tidak tepat dan perubahan telah berlaku. Harap dimaafkan dan diperbetulkan.

Wallahu a’lam.

f&f

WA.

Lazada Malaysia

Advertisements

One thought on “Sambung belajar….lagi? – 15 perkara anda perlu tahu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s