Apa nilai RM50 bagi kita?

Salam.

RM50 dahulunya sangat lah besar nilainya namun sekarang nilai RM50 ini tersangatlah kecil untuk dibelanjakan terutamanya mereka yang duduk di kawasan bandar.

Apa nilai RM50 untuk kita pada hari ini?

Dengan RM50 kita hanya boleh membeli 3 pinggan snake plate di KFC.

Dengan RM50 kita boleh mengisi minyak ROn 95 sebanyak 27 liter (harga pasaran sekarang RM1.85). Isian pun belum tentu penuh.

Dengan RM50 kita boleh makan sarapan, tengah hari & malam dengan purata 2 hari sahaja. 

Dengan RM50 kita boleh beli 2 + 1  kotak rokok Dunhill (RM17.00 sekotak) dan perlu tambah lagi RM1.00.

Dengan RM50 kita boleh beli 2 pek lampin bayi yang boleh digunakan selama satu bulan.

Selain itu sbenarnya,

Dengan RM50 kita boleh memberikan senyuman diwajah mereka yang memerlukan. 

Dengan RM50 kita boleh memberikan seri dirumah anak-anak yatim.

Dengan RM50 kita boleh mendapat ganjaran yang berpanjangan.

InsyaAllah dengan RM50, anda boleh jadikan sedekah setiap bulan di masjid-masjid, rumah anak yatim dan lain-lain. Dalam surah Al Baqarah sahaja banyak diterangkan mengenai kelebihan bersedekah. 

Percaya janji Allah,

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. – Al-Baqarah 2:262

WA.
Lazada Malaysia

Advertisements

3 thoughts on “Apa nilai RM50 bagi kita?

  1. Semalam pergi Zemart, bawak RM 50 sahaja; sekeping not 50.
    Dapat bei ini:
    1. ikan mabong 1.2 kilo (14++ sekilo)
    2. daun kesum
    3. bunga kantan (terpanjat kak, RM2.50 satu)
    4. milo coklat
    5. telur sepeket 10 bijik (3.70 kot)
    6. cili boh peket kecik (tak ingat harga)
    7. Kopi Aik Cheong ori (9.00++) ni bungkus besar yang kimat katanya.

    masa checout di kaunter, terpaksa kuarkan satu peket telur sebab tak cukup 25 sen. Masa ambil barang, ambil dua peket, so beli satu ja la.

    Baki 3.20 gitu.

    RM 3 Muhammed pass ke bro yang minta derma depan Zemart.

    Soalan kuiz: Apa menu saya dengan bahan2 yang saya beli?

    🙂

    Dr Zurina, IFP

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s