Panduan penting sebelum membeli rumah

Salam.

Kalau tanya ramai orang mengenai beli rumah kebanyakan akan cakap mesti ada 10%. Tapi sebenarnya nak selamat sediakan 15% hingga 20% daripada harga rumah tersebut. Beli rumah adalah satu pelaburan yang besar & panjang. Pastikan tahu matlamat, kekuatan dan kelemahan kewangan sendiri. 

Saya cuba kongsikan secara lengkap berdasarkan pengalaman membeli rumah pertama saya, pemahaman dan pembelajaran tentang pembelian rumah supaya kita tahu apa yang kita perlu tahu untuk membeli rumah pertama khasnya. Semoga bermanfaat.

#1 Pastikan anda berpendapatan tetap

  1. Bank tidak akan memberi pinjaman kepada yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
  2. Kalau berniaga, pastikan ada dokumen yang relevan untuk ditunjukkan kepada pihak bank (Pendaftaran SSM, akaun bank perniagaan, pendapatan perniagaan masuk ke dalam akaun tersebut dll). 
  3. Bagi yang makan gaji, paling kurang sudah confirm dan kerja dah lebih 6 bulan.

#2 Ketahui Kelayakan Loan

  1. Sebelum bagi loan, bank akan kira Debt Service Ratio (DSR) peminjam.
  2. Cara simple pengiraan DSR: Total Installment ((House+Car+Credit Card+Personal Loan) / Gaji bulanan) x 100.
  3. Pendpatan sampingan (bonus, dividen, saham, hasil perniagaan) boleh dijadikan sokongan & boleh dibuktikan melalui akaun bank dan potongan cukai.
  4. Bank juga melihat pada record kredit kita. Jika CCRIS & CTOS tak cun, mungkin sukarlah proses loan.
  5. Pinjaman standard 90% untuk rumah pertama dan kedua. 70% rumah ketiga.
  6. Sila rujuk dengan pegawai bank bagi memastikan anda layak untuk buat loan dan berapa jumlah layak.

#3 Modal

  1. Cash sebagai modal sebanyak 15 – 20% mesti ada.
  2. 3.18% booking + 6.82% down payment + anggaran 10% untuk snp legal fees & valuation.
  3. Modal ini boleh didapatkan daripada KWSP Akaun 2, simpanan, pinjaman dan cagaran. Ikut kreativiti masing-masing.

#4 Pemilihan Hartanah

  1. Lokasi mempengaruhi harga dan nilai sesebuah rumah. Cari berdekatan dengan kemudahan-kemudahan seperti sekolah, public transport/LRT, tempat ibadah dll. Jika beli untuk disewakan, cari rumah yang berdekatan dengan kawasan kilang, universiti dan lain-lain. Beli di lokasi yang berpotensi untuk disewakan.
  2. Pegangan Hak Milik – Leasehold: Tempoh pegangan selama 99 tahun sahaja daripada tarikh dibina dan bukan dimiliki. Freehold: Tempoh pegangan hartanah tersebut adalah selama-lamanya. Lot Bumi – Hanya untuk bumiputera.
  3. Minta dokumen tertentu seperti salinan geran, S&P, cukai tanah daripada agen / owner rumah supaya anda tidak tertipu. Beli rumah yang masih master title lebih 10 tahun akan ambil masa yang panjang. 
  4. Reputasi Pemaju dan Track Record. Penting untuk dipastikan pemaju adalah berdaftar, mempunyai rekod-rekod pembinaan yang baik. Hal ini untuk pastikan kita tidak terjerat dalam projek terbengkalai kelak. Pemaju yang terkenal selalu harga tinggi sedikit.
  5. Kalau beli rumah siap, sila pastikan ada management, nanti tidak lah anda terkapai-kapai jika ada masalah dikawasan anda seperti lift rosak dan sampah contohnya.
  6. Ketahui juga sejarah rumah/kawasan tersebut. Cuba korek sebanyak mungkin rahsia atau cerita tentang kawasan tersebut. Risau rumah dijual kerana ada penghuni lain.
  7. Sebelum bayar booking, pastikan anda teliti satu persatu kerosakan dan segalanya di dalam rumah tersebut. Ambil gambar, supaya nanti semasa serah kunci tak ada lah itu ini tak ada. Pastikan rumah cukup sifat.
  8. Kenali jiran dan persekitaran kawasan perumahan tersebut. Parking berapa disediakan? Cukup atau tidak? 
  9. Dapatkan harga terbaik dan harga serendah yang mungkin. Double check betul harga yang ditawarkan tu dan berapa market price. – Baca sini
  10. Pastikan apa yang dipromosikan dan diperkatakan ada. Jika agen/owner kata akan baiki kerosakan, pastikan mereka baiki dan pastikan ada black & white (senarai inventori rumah). Agen boleh buatkan.
  11. Bawa isteri, ibubapa atau orang lain yang tahu tentang hartanah semasa proses viewing supaya kita tidak terburu-buru membuat keputusan. Ambil masa untuk berfikir, buatlah istikharah dan serah pada Tuhan.

Ramai orang tertipu dengan janji manis agen, janji manis pemaju dan pemilik rumah. Supaya kita lebih aware, banyakkan belajar, tanya orang dan membaca. Saya bukan pakar hartanah saya cuma ceritakan pengalaman saya. Tolong betulkan jika ada silap. Mohon maaf jika ada kesilapan. Semoga bermanfaat.

WA.

Beli Rumah di usia muda | Orang muda dan kereta

 
 

Lazada Malaysia

Advertisements

2 thoughts on “Panduan penting sebelum membeli rumah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s