Sambung belajar?

Salam.

Tahun baru dah nak bermula, sikit hari lagi. Keputusan SPM pun dah tak lama lagi keluar. Adik-adik patut dah mula fikir mengenai sambung belajar. Universiti mana nak masuk, bidang apa nak ambil dan bila grad nanti nak kerja apa?

Chop. Sebelum korang isi borang UPU tu, atau apa-apa borang pun.. cuba korang fikir, soalan-soalan ni: 

“Nanti selepas 5 tahun, aku nak kerja apa? nak buat apa?Bidang apa aku kena ceburi sekarang untuk siapkan diri bagi mencapai cita-cita aku tu? Kat mana aku kena sambung?”

Ok, dah tanya? ada jawapan? kalau belum tak apa. Meh sini nak kongsi.

Ada orang sambung belajar, sebab parents suruh, sebab ikut orang. Ada yang ikut gf/bf. hehe.

Kenapa korang kena tanya diri korang soalan-soalan di atas tu? Sebabnya, sebelum kita nak menetapkan sesuatu, kita kena lihat pada KESANnya dikemudian hari. Look at the big picture org kata dan MATLAMAT mesti JELAS! Matlamat tu mestilah sesuatu yg betuuul2 kita inginkan. Hari2 kita excited nak capai. Biar ia sesuatu yg LUARBIASA!!

Contohnya, lagi 5 tahun, aku nak jadi Engineer. Nak kerja dengan syarikat pengeluar kereta! So, lepas SPM ni, aku kena mohon program yang ada kena mengena dengan Engineering (buat research, listkan program2 pengajian di IPTA / IPTS yang ada kena mengena dengan engineering).

Then, cuba cek pula berapa yuran yang dikenakan bagi setiap program mengikut Universiti, berapa tahun.. apa loan/scholarship yang available dan lain2.

Lepas tu bincang lah dengan parents  dan keluarga. Juga minta parents bawa korang jumpa dengan orang2 yang dah bekerja dalam bidang ni. Kalau ayah ada kawan engineer Proton, minta ayah bawa jumpa lepastu lepak2 minum kopi.. tanya uncle tu, best tak jadi engineer, macam mana dia boleh jadi engineer? Dapatkan inspirasi dan motivasi hidup!

Kalau rasa nak jadi Ahli Perniagaan, boleh dah start baca / hadiri kelas-kelas usahawan selain daripada dapatkan segulung ijazah. 

Ada Sijil, Diploma dan Degree ni bukan apa. Tujuannya untuk meletakkan kita disatu tahap yang berbeza dengan orang lain. Selain itu, dengan ada kelayakan-kelayakan ni, ia dapat meningkatkan diri kita, daya pemikiran kita. Sebab bila kita belajar, minda kita akan lebih terbuka lebih luas pemikiran kita. 

Bak kata orang, 

Knowledge and confidence are undoubtedly the two most important qualities one can possess. Confidence comes from knowledge.

Kalau tiada ilmu, macam mana kita nak dapatkan keyakinan untuk buat sesuatu. So kesimpulannya, teruskan belajar teruskan mengejar impian. Sentiasa fikir mahu merubah diri menjadi yg lebih baik, jangan buang masa dan sentiasa IMPROVE diri. 

Kalau hari ni PT3 korang teruk, SPM nanti buat yang terbaik! Kalau hari ni Pointer korang teruk, next semester do better! Kalau hari ni korang rugi? Next time dapatkan ilmu dan strategy untuk korang untung. Hidup ni mudah, kita buat dia. 

WA.

Lazada Malaysia

Advertisements

One thought on “Sambung belajar?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s