Umur 26 tahun dah ada driver

Salam.

Hari-hari isteri saya pergi kerja. Dulunya naik KTM Komuter. Tapi hari-hari KTM terlalu pantas sehingga menyebabkan dia datang awal sangat ke pejabat. 

Oleh itu kami telah berbincang dan berfikir serta membuat kira-kira, maka kami telah memilih untuk membeli sebuah kereta untuknya. Kereta Perodua Axia 1.0 dengan bulanan RM380.00 selama 9 tahun.

Misi mengira bermula:

Harga kereta: Rm 35 527.15 on the road
RM380 x 12 bulan x 9tahun = RM41,040.00
Bank akan mark up RM5,513.00

Oleh sebab kami sungguh berhati-hati dalam berbelanja dan membuat loan, maka kami telah batalkan niat untuk memiliki Perodua Axia 1.0 yang comel & kiut itu.

Sebenarnya sebelum ini isteri saya telah menggunakan perkhidmatan GrabCar (GC) yang boleh tahan reliable dan ala-ala vip sebab ada driver gitu.

So, kami pun buat kira-kira untuk sebulan:

Pergi balik RM25 x 23hari = RM575.00

Sejak Mei 2016 hingga kini isteri saya mula menjadi vip dimana dia dihantar & diambil oleh driver setiap hari.

Ramai orang kata kami tak bijak sebab tak beli kereta tapi sanggup bayar GC. 

Tapi bagi kami, ramai orang juga lupa, 

  1. GC orang pandu untuk kita, bukan pandu sendiri. – sesak dan stress menempuh jalan di KL sudah 99% bebas. Tak penat badan. Balik rumah hati gembira.
  2. Bila ada driver, banyak benda yang boleh dilakukan antaranya mengaji, baca buku, scroll facebook dan macam-macam lagi benda yang lebih berfaedah.
  3. Naik GC membuatkan DSR kami tak terganggu. Boleh nak buat loan beli rumah lagi.
  4. Tak perlu serabut jika nak maintain kereta lagi-lagi ketika rosak
  5. Beli kereta kita kena tanggung kos-kos yang terselindung (Petrol, Parking, Service dll)

Kenapa kami TAK JADI beli Perodua Axia 1.0:

  1. Kami tak nak Dapat Hutang, DSR meningkat.
  2. Kami tak nak sediakan parking extra dirumah (sebab apartment kami cuma ada satu parking setiap rumah)
  3. Kami tak nak bayar EXTRA RM 621.96 (Kos terselindung) + RM380 (Bulanan kereta) = RM1001.96*Pecahan seperti dibawah:

Bulanan RM380
Minyak 1hari RM10 x 23 hari bekerja = RM230
Parking 1hari RM5 x 23 hari bekerja = RM115
Toll 1hari RM4 x 23 hari bekerja = RM92

Insurans RM1000/tahun = Kira-kira RM 83.30 setiap bulan
Roadtax RM20/tahun = Kira-kira RM 1.66 setiap bulan

Tayar 4 biji setiap 2 tahun perlu ditukar
4 x RM150 = RM600 jika dibahagi 24bulan = RM25 setiap bulan

Servis RM150 setiap 5000km atau setiap 2 bulan = RM 75 setiap bulan

Total kos memiliki sebuah Perodua Axia 1.0 untuk kami adalah: RM1001.96

So, mana yang anda rasa berbaloi? Tepuk dada, buatlah kira-kira. InsyaAllah selamat. 

Penafian: Segala kira-kira adalah berdasarkan anggaran sahaja, mungkin boleh jadi lebih mahal atau murah. 

WA

Dua buku dibawahlah yang banyak merubah cara kami menguruskan kewangan.
Beli online, klik gambar dibawah.

jupiter  Crop_webpts-380x577

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s