Jika buntu dengan kehidupan..

Salam.

Ramai orang duk peringat dan share mengenai pengurusan kewangan. Buat bajet belanjawan peribadi lah, melabur Tabung Haji lah, beli rumah dan main saham. Tapi semua tu tak akan menjadi kalau kita tak ada duit. Tak ada kerja. Tak ada pendapatan.

Kalau rasa buntu dengan kehidupan, minta pada Tuhan agar diri sentiasa dikuatkan. Luaskan ilmu pengetahuan, ramaikan kawan dan boleh baca banyak perkongsian.

Ada 4 Perkara Utama dalam Hidup yang perlu sentiasa kita perbaiki setiap masa iaitu: 

  1. Perhubungan
  2. Kerjaya
  3. Kewangan
  4. Kesihatan

Ini semua asas bagi kehidupan yang seimbang dan tenang. Tapi lebih spesifik lebih baik jika kita di tahun baru 2016 ini dapat repair dan upgrade diri kita untuk menjadi lebih mantap! 

Orang yang berjaya belajar dengan banyak cara, ada soft way ada hard way. Lain orang lain jenis dan gaya, ada orang boleh makan gaji, ada yang suka berniaga dan ada yang suka buat dua-dua. Banyak jenis business yang boleh diceburi, mula semasa muda. Supaya jika jatuh kurang terasa.

Zaman sekarang, selepas SPM semua mesti rajin sambung belajar dan syukurlah senang nak jumpa graduan berijazah hampir satu keluarga ada satu atau dua. Cumanya bila dah berijazah susah pula nak dapat kerja. Jadi ada yang memilih untuk sambung belajar lagi, dan ada yang nak terus bekerja.

Dah dapat kerja, kata gaji tak cukup. Baru kerja terus nak beli kereta supaya nampak gaya. Itu yang jadi susah, fresh graduate dengan gaji yang tak seberapa tambah dengan nafsu menggila. Apa kata ada duit, simpan dan beli rumah. Biar beli di usia muda, supaya jadi biasa.

Gaya hidup nak trendy, tapi kerja lebih untuk tingkatkan taraf hidup tak nak. Sekarang nilai RM50 macam tak ada apa. Nak dibuat belanja pun tak seberapa, nak buat belanja majlis kahwin lagi lah. Masa bercinta semua indah, sesudah berumah tangga kerana hutang, keluarga berpecah.

Sebelum kahwin kurang bersedia, dah jadi bapa hutang bank melimpah limpah. Apa pun ia sama-samalah kita saling mengingati sesama kita. Semoga berjaya semua.

WA.

Lazada Malaysia

Advertisements

One thought on “Jika buntu dengan kehidupan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s