Pentingnya ilmu pengurusan kewangan

Salam.

Ramai ibubapa runsing apabila anak-anak minta duit saku lebih. Bila beri lebih, tak pernah pun ada baki! Boros!

Jom tanya diri kita, berapa kali dalam satu minggu kita berbincang dengan anak-anak mengenai wang? Berapa kali pula kita pesan pada anak kita untuk simpan 10% daripada duit belanja yang kita berikan? Berapa kali kita tanya mereka, apa yang mereka belanjakan dengan wang yang diberikan?

Sebenarnya, kita mampu memupuk sikap dan tabiat bijak mengurus kewangan anak-anak kita dan ia perlu dimulakan dari rumah lagi. 

Melentur buluh biar dari rebungnya..

Ibubapa mana yang tidak mahu anak-anaknya bijak mencipta kewangan dan berjimat dalam berbelanja. Jom mula pupuk anak-anak supaya mempunyai sikap bijak wang! 

  1. Latihan – Main permainan yang melibatkan aktiviti pengurusan wang seperti Monopoli. Permainan ini membolehkan kita juga belajar untuk menjual beli aset, pelaburan, simpanan dan
    sebagainya. Tiada salah buat kesilapan di Monopoli berbanding di dunia nyata. 
  2. Wujudkan buku laporan kewangan – Beli buku 555 dan wajibkan anak-anak mencatatkan jumlah perbelanjaan hariannya dan bincangkan mengenai aliran wang keluar dan masuk setiap minggu / bulan. 
  3. Libatkan anak-anak dalam pengurusan bajet keluarga – Berikan mereka rasa tanggungjawab untuk uruskan bajet yang mudah seperti bajet percutian atau bajet makanan ringan di rumah. Biarkan mereka membuat kajian / analisa untuk mencari harga yang paling berpatutan namun bimbingan dan nasihat orang dewasa juga perlu. 
  4. Kenalkan mereka dengan perbezaan barangan keperluan dan kehendak. – Buat senarai dan bincangkan kesan orang yang tidak bijak berbelanja. 
  5. Sediakan 3 tabung dan set matlamat kewangan jangka masa pendek (untuk dibelanjakan), panjang (untuk percutian atau membeli alatan pembelajaran / permainan), dan derma. – Pastikan anak-anak memasukkan sejumlah wang dengan konsisten setiap hari. Ini untuk memupuk sikap “ringan tangan”untuk menyimpan. 

Selain itu, elakkan untuk kata “kita tak mampu..kita tak ada duit” apabila anak-anak inginkan sesuatu. Tapi, kita hendaklah menjana minda mereka dengan kata-kata positif seperti, kalau kamu mahukannya, “apa cara yang perlu kamu lakukan?” ajak mereka berfikir dan bimbing mereka untuk berusaha bagi mendapatkan sesuatu dengan halal.

Give a man a fish and you feed him for a day; teach a man to fish and you feed him for a lifetime.. Proverb

Jom daftar anak-anak untuk program Bijak Wang dengan kami.

Untuk mendaftar klik di sini.

WA.

 

Lazada Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s