8 Hobi jana pendapatan

Salam.

Ramai orang ada hobi, kegemaran dan kesukaan yang dilakukan pada bila-bila masa yang terluang. Ada orang suka melayari internet, suka ubah suai kereta, kumpul setem, duit syiling dan tidur. Walau apa pun hobi kita, sebaiknya hobi tersebut biarlah yang mendatangkan manfaat, tidak memudaratkan dan menggembirakan!

Ditambah dengan bebanan yang ditanggung sekarang ni, nak buat apa pun fikir banyak kali. Hobi kumpul kasut, dah tak boleh sangat. Beli barang kena GST. Sikit-sikit GST. Anyway, ada beberapa hobi yang masih relevan untuk kita teruskan cuma perlu pastikan hobi kita tu mendatangkan hasil atau memberi manfaat contohnya suka kumpul kasut, tapi dalam masa yang sama kita berniaga kasut. Boleh lah tambah pendapatan sikit.

Hasil pembacaan dan pemikiran sendiri rasanya saya boleh cadangkan 8 hobi (basic) yang boleh kita buat duit.

#1 Menulisman-people-space-desk-large

Daripada banyak update status yang Hashtagmeroyan di social media, baik kita menulis benda yang elok-elok. Kongsikan di blog, jika anda suka buat sesuatu share pada orang ramai. Biar ramai yang dapat manfaat. Menulis buku, cerpen, puisi juga boleh buat duit. Semudah tulis, print, promote dan jual.

#2 Shopping

shopping

Siapa kata shopping buang duit? Buang juga tapi ada satu servis yang orang  namakan “Personal Shopper”. Di negara barat ramai dah buat kerja ni. Di Malaysia pun dah mula. Tugas PS adalah membeli sesuatu barangan dan pos kepada orang yang telah membuat pesanan. Beli barang Ikea untuk orang-orang yg tidak berkesempatan contohnya.

#3 Modelling

Lelaki-Bertudung

Sekarang, semakin ramai peniaga online. Usahawan yang mengeluarkan produk sendiri seperti tudung, baju, alat makeup, pelebat janggut dll. Untuk yang suka melaram dan ada keyakinan diri untuk jadi model, boleh lah tawarkan diri anda. Contoh terkemuka sekarang, Wak Doyok. Asal promoter kemudian meletop dengan gayanya yang tersendiri.

#4 Muzik

Processed with VSCOcam with b4 preset

Ali suka main gitar, hari hari Ali main gitar. Apasalahnya kalau Ali buat satu band, busking di uptown. Zaman saya belajar dahulu, pernah join team busking di Bukit Bintang. Boleh tahan banyak hasilnya. Mereka pun buat busking sebab hobi. Hari-hari biasa semua kerja. Malam minggu baru busking. Selain itu, bakat muzik ni kalau dapat mengajar orang lain lagi bagus. Buka kelas ukelele di sekitar kawasan perumahan contohnya.

#5 Foto/Videografi

pexels-photo-large

Satu bulan selalu dapat paling kurang satu jemputan kahwin. Semua orang bila buat majlis mahukan ia dirakam menjadi kenangan. Ada camera, pandai cari angle, servis baik, promote dengan kawan-kawan insyaAllah boleh laku. Macam kawan-kawan Tentera saya, ramai juga yang jadikan hobi sebagai business. Semua dah buat HashtagDuaKerja.

#6 Ubah suai Kereta/Motor

black-and-white-car-vehicle-vintage-large

Taqi, seorang pelajar di Institusi Pengajian Swasta. Sambil suka “korek” injin, dia juga suka belek-belek keretanya. Sekarang satu rumah paling kurang ada satu kereta. Akhirnya, kerana hobi suka akan dunia permotoran, beliau membuka satu business kecil-kecilan iaitu servis dan repair kereta dari pintu ke pintu. Servis Kereta Begerak lah senang kata. Paling kurang boleh tambah ilmu dan pendapatan sikit-sikit. Tengok sini – EasyService

#7  Masak

christmas-cookies-553457-large

Hobi memasak ni memang best. Sekali orang tahu sedap, mesti repeat. Lelaki pun sekarang dah ramai buka gerai makan atau jual cake/cookies secara online. Resepi semua ada dalam internet. Siap video lagi. Nak tak nak aje!

#8 Vine 

shutterstock_157154363-730x486

Sekarang ni orang boleh meluahkan bakat dengan pelbagai cara. Ramai Viners diluar sana dapat income yang tinggi disebabkan hobi mereka. Dulu orang kutuk kata hambar dan menyampah. Sekarang, satu instagram review depa ambil charge RM200. Upload video, buat lawak-lawak sikit orang suka orang follow.

Apa pun yang kita buat sekarang, nak ramai orang tahu dengan cepat pastikan anda sebarkan secara online. Lebih-lebih bila kita buka business. Gunakan media social sebaiknya. Dengan menjadikan hobi kita kepada sesuatu yang boleh menjana pendapatan, bolehlah kita menyahut seruan pak menteri di Malaysia untuk buat HashtagDuaKerja.

WA.
Lazada Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s