4 Perkara Utama Dalam Kehidupan

Salam.

Tahun baru bakal tiba. Sepatutnya kita dah boleh untuk audit azam tahun 2015. Tercapai atau tidak?

Azam yang tidak kesampaian tidak mengapa. Boleh cuba dibawa ke tahun seterusnya. Yang sudah capai, SYABAS!

Bila kita menetapkan azam, maka kita sudah bersedia untuk mencapainya. Namun, azam yang ditetapkan biarlah sesuatu yang mampu untuk dicapai dan realistik. Supaya kita boleh fokus untuk mencapainya.

Terdapat EMPAT perkara utama yang perlu sentiasa ditambah baik dalam kehidupan.

  1. Perhubungan
    Perhubungan terbahagi 2 jenis iaitu hubungan antara manusia dan penciptanya dan hubungan antara manusia sesama ciptaan tuhan. Apa jua yang berlaku, jauhilah persengketaan, kebencian dan hasad dengki sesama manusia. Eratkan hubungan, tingkatkan ingatan & amalan kepadaNya.
  2. Kerjaya
    Fokus kepada perkara yang boleh meningkatkan produktiviti kerja/pembelajaran. Tingkatkan skil dan kemahiran untuk lebih produktif. Sambung belajar atau untuk yang sedang belajar, fokus dan buat sehabis baik.
  3. Kewangan
    Dengan peningkatan taraf hidup, harga barang naik dan sebagainya, cari peluang untuk tambah pendapatan. Kalau boleh, mula melabur, berniaga atau cari kerja baru! Tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha. Rancang perbelanjaan, jangan boros.
  4. Kesihatan
    Badan tak sihat, pencapaian hidup merosot. Apa jua yang anda ingin capai, sila pastikan kesihatan terjaga. Cukup senaman, tidur, rehat dan makan makanan yang sihat.

Dalam menjana kehidupan yang bahagia, perkara-perkara ini mestilah seimbang. Ada banyak wang tapi tak sakit, hati tak gembira.

Untuk 2016, berazamlah dengan sesuatu yang boleh jadikan kita sebagai manusia yang lebih berguna. Paling penting, manfaatkanlah masa yang ada sebaik-baiknya.

WA.

Advertisements

One thought on “4 Perkara Utama Dalam Kehidupan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s