Bekerja untuk berhutang?

Salam.

Rasanya hampir semua orang akan mengalami situasi:

Hari ni gaji masuk hujung minggu habis.

Kita ni kerja dapat gaji. Semasa dapat gaji, happy. Seminggu selepas itu sedih. Entah berapa ramai antara kita yang tak berhutang kereta, rumah, personal loan, education loan, kad kredit dan macam-macam lagi. Selalu kita dengar orang kata, kerja kuat, kerja keras dan simpan duit. Macam mana nak simpan kalau banyak hutang dan kuat berbelanja. Tapi pernah tak kita fikir yang hutang tu semua hasil daripada sikap dan pilihan kita sendiri.

Kenapa nak kahwin kena ambil personal loan? Kenapa tak simpan dan kemudia kahwin?

Kenapa nak beli kereta kena beli yang mahal-mahal? Yang bergaya baru nak beli. Kenapa tak beli yang biasa-biasa dan dibawah kemampuan kita?

Kenapa nak pakai HP harga ribu-ribu? Berapa RM kita jana dengan HP kita? Kenapa tak pakai yang biasa-biasa?

Kenapa nak beli pakaian mahal-mahal? Kasut mahal-mahal? Sampai ikat perut, monyok muka nak beli juga, paksa mak ayah, boyfriend, suami/isteri.

Sebabnya, kita sebagai manusia biasa sering nak kelihatan mewah walaupun papakedana. Pilihan ditangan kita! So latih diri untuk berjimat dan bijak menguruskan wang. InsyaAllah perkara seperti ini dapat dielakkan.

25 haribulan dapat gaji, hujung minggu pertama confirm mall penuh. Berduyun-duyun orang sibuk berbelanja. Beli baju baru, semua baru kononnya hadiah untuk diri sendiri.

Kemudian, pada 15 haribulan bulan seterusnya, mulalah senak perut. Sebab duit dah banyak habis. Hah! Masa tu ada pula orang post di Facebook katanya:

Saya dah jana income 4 angka seminggu. Anda bila lagi? Comment DUIT jika anda juga mahu!

atau;

Kerja dari rumah, goyang kaki dan….. egg, anda boleh jana RM3xx setiap hari!

Ini semua adalah peluang! Peluang keemasan bagi si pemboros. Peluang untuk ditipu dan dipergunakan. Banyak kisah orang tertipu dan menipu. Semoga kita dijauhkan daripadanya. Jadilah orang yang bijak melabur dan bukan melebur.

Saya cadangkan jika nak beli sesuatu, wujudkan tabung dan letakkan target. Contohnya, nak beli HP baru. Tapi kalau terus beli guna gaji bulan FEB 2016, nanti bulan March 2016 nak makan apa? So gunakan konsep Target & Tabung. 

Tetapkan target harga HP. Kemudian baru fikir jenis apa, buat perbandingan. Tanya orang dan rancang bila nak beli.

Kemudian Tabung. Rancang dan simpan selama berapa lama. Jika Target Harga HP tersebut adalah RM800, maka lihat cash flow anda. Berapa boleh masuk dalam tabung HP RM800 itu. Kalau setiap bulan boleh ada lebih RM200, so setiap bulan wajibkan masuk RM200 ke tabung tersebut. Selama 4 bulan, dapatlah RM800. Then pergilah beli. Untungnya buat cara ni, kadang-kadang harga HP tu dah drop dan kemungkinan besar kita dapat jimat dalam RM50 hingga RM100. 

Apa pun, sebenarnya bijak mengurus kewangan sahaja tidak cukup tanpa kesabaran dalam mengawal nafsu. Setiap apa yang kita nak beli pastikan tanya diri kita:

  1. Apa yang kita mahu?
  2. Perlu sekarang atau tidak?
  3. Boleh beli lain kali?
  4. Kalau tak beli apa kesannya?
  5. Kalau beli apa kesannya?
  6. Berapa duit kita ada dan sanggup keluarkan?
  7. dan sebagainya..

Kalau tak perlu tak payah lah!

Pupuk kesabaran dan disiplin dalam diri kita dan seterusnya kita boleh ajar anak-anak, adik beradik, suami atau isteri supaya dapat sama-sama jadi orang yang bijak.

Boros hari ini, kecundang di masa hadapan!

WA.

Buat Bajet Belanjawan | Hidup Buntu 

Lazada Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s