Beli rumah di usia muda

Salam.

Saya berumur 25 tahun di tahun 2015. Alhamdulillah mula bekerja secara tetap pada tahun 2012 (sebelum bergraduat) dengan gaji RM1800. Berkahwin pada tahun 2013. Membeli rumah pertama pada tahun 2014. Dianugerahkan seorang anak perempuan pada tahun 2015. Rezeki Allah beri, kita hanya mampu merancang.

Rumah pertama saya adalah sebuah apartment di Nilai, Negeri Sembilan. Harga below market price dan berpenyewa. Saya duduk menyewa di Kajang, tiada kereta baru (ada kereta second hand). Suami isteri bekerja dan sedang sambung Master (taja sendiri).

Kenapa saya beli rumah dan bagaimana saya mampu?

Rumah pertama mengikut mentaliti masyarakat kita adalah rumah untuk diduduki sendiri, rumah yang cantik, besar dan selesa. Harganya pastinya mahal. Bak kata Robert Kiyosaki:

Your financial planner, real estate agent, and accountant all call your house an asset. But in reality, an asset is only something that puts money in your pocket. If you have a house that you rent out to tenants, then it’s an asset. If you have a house, paid for or not, that you live in, then it can’t be an asset. Instead of putting money in your pocket, it takes money out of your pocket. That is the simple definition of a liability.

Kenapa saya beli rumah dan sewakan?

Kerana:

  1. Muda-muda ni kami perlu untuk hidup susah dahulu, insyaAllah kemudian bersenang
  2. Saja mencabar diri (dan sahut cabaran orang) dan mahu buktikan kami boleh!
  3. Belajar selok belok real property & saja ambil feel
  4. Untuk dapat pendapatan lebihan daripada hasil sewa
  5. Boleh dijadikan asset untuk membeli asset yang lain insyaAllah.

Semasa membeli rumah tu, saya perlu membayar lebih kurang 20% daripada harga rumah. 3% booking + 7% downpayment + anggaran 10% untuk snp legal fees dll.

Cara saya menggumpulkan duit adalah:

  1. Bonus (masa tu dapat pro rate sebab baru join) – ini untuk 3% 
  2. Simpanan suami isteri
  3. Pinjam pada Abah
  4. Pinjam pada Angah
  5. Pinjam pada Makcik

Alhamdulillah hutang-hutang tu pula dibayar dengan kerja part time, bayar sedikit-sedikit setiap bulan dan bonus. Part part time ni ada banyak kalau anda mahu tahu.

Sebenarnya bukan kita tak mampu, cuma kita tak berani, kita kurang ilmu. Bila kita kurang ilmu, kita akan buat sampai setakat yang kita tahu. Seperti yang saya pelajari, jika kita ingin melakukan sesuatu kita perlu ada MAP:

M.A.P
Matlamat –
 Matlamat & mind set mesti betul, kalau nak beli rumah set minda nak beli rumah.

Action – Ambil tindakan, jangan tangguh.
Plan – Planning mesti ada. Plan tanpa knowledge pun masalah juga, benda tak menjadi. So banyak pelajari ilmu.

So pesanan saya, dapatkanlah ilmu dan bergaul dengan orang yang betul dan berjaya supaya kita tidak hidup dalam keadaan sia-sia. Berkawan dengan senior-senior, mereka ni banyak ilmu! Saya dapat tips pun dari abang-abang senior. Ada seorang tu pesan, nak dapat feel, beli rumah bawah RM 200k dulu, kemudian baru up grade.

So korang bila lagi?

Jangan lupa comment beri pendapat korang dan share artikel ini. InsyaAllah bermanfaat.

WA

Lazada Malaysia

Advertisements

One thought on “Beli rumah di usia muda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s