Cara meningkatkan traf hidup

Salam.

Sekarang ni semua mahal. Perkataan murah mungkin tidak wujud dalam kamus masyarakat Malaysia agaknya. Ada orang pula bagi cadangan menarik.

http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/11/03/nak-elak-tol-bangun-awal-guna-laluan-tidak-bertol-baru-jimat-rahman-dahlan/
http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/11/03/nak-elak-tol-bangun-awal-guna-laluan-tidak-bertol-baru-jimat-rahman-dahlan/

Tapi biarlah dia dengan labu-labunya.

Sekarang masa untuk kita mula berfikir, cara untuk meningkatkan taraf hidup kita. Bukan GAYA hidup.

Ramai tersilap, kononnya bila pakai hp mahal, kereta mahal, duduk di perumahan mewah.. taraf hidupnya telah meningkat. Sebenarnya, kita kena tahu bahawa itu kebanyakannya adalah cuma gaya hidup.

Contohnya:

Rahman ditahun 2014, bergaji RM3000.00 dan memandu Proton Saga tahun 2010.
Rahman ditahun 2015, bergaji RM3100.00 dan telah mula memandu Honda Civic tahun 2015.

Faham? Gaji naik 100 tapi pakai kereta yang bulanannya lebih RM1000. Dulu pandu Saga bulanan baru RM500.

OK. Here are my tips:

  1. Kalau tahun 2014, gaji RM3000.00 dan masuk 2015, gaji dah naik 100. Pastikan gaya hidup anda sama seperti tahun sebelumnya. Bolehkan untuk simpan / sorok lebihan gaji yang ada. Dalam erti kata lain, didik nafsu anda. Bak kata Saiful Nang dalam salah satu artikel beliau. Boleh tengok sini.
  2. Berfikiran positif – Juga penting untuk pastikan kita tidak terikut-ikut dengan orang lain. Biarlah mereka bermewahan, asalkan tidak menyusahkan orang.
  3. Untuk yang masih belajar pula, jangan bazirkan wang PTPTN dan Biasiswa anda. Percayalah, easy money itu tidak akan anda dapat apabila telah tamat belajar kelak. Gunakanlah sebaik-baiknya. Bukan dengan membeli gadget baru sahaja. Kesannya nanti. Bila mula bekerja, gaji sedikit, banyak yang perlu dibayar..ditambah dengan gaya hidup yang pantang lihat benda baru, amatlah berbahaya.
  4. Belajar / Mula untuk berniaga. Lakukan lah apa jua perniagaan (pastikan halal) supaya sedikit sebanyak dapat menambah hasil pendapatan anda.
  5. Jika masih belajar, rajin-rajin lah untuk menjadi Research Assistant. Pensyarah banyak yang dapat Geran dan memerlukan pembantu.
  6. Akhir sekali, mula lah hidup bersederhana. Tinggalkanlah perkara yang hanya dapat menambahkan komitmen seperti merokok dan sebagainya.

Good luck.

Advertisements

3 thoughts on “Cara meningkatkan traf hidup

  1. Salamalaikum. Saya seorang pelajar dan saya dapat biasiswa, alhamdulillah. Jadi kalau pelajar seperti saya ni pun boleh ke guna tips simpan 10% setiap bulan tu. yakni gaji = biasiswa.
    Mohon tips lebih dan nasihat.

    Like

    1. Waalaikumsalam Syed.

      Alhamdulillah dapat biasiswa.

      Ya betul. Amalkan perkara ini biar dari awal. Tak kira duit apa sekalipun, konsep “bayar diri sendiri” sangat perlu. Kalau duit biasiswa tak boleh jaga, karang duit gaji pun kelaut.

      Lepas belajar masa nak mula kerja atau masa nak cari kerja, banyak duit nak pakai.

      Semoga bermanfaat saudara.

      Fadhli

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s