Tips asas Temuduga Kerja (Job interview)

Salam.

Buat korang yang yang dah dipanggil untuk menghadiri interview kerja, saya ucapkan selamat maju jaya. Tapi sebelum itu, jangan risau dan takut. Interviewer tu semuanya manusia. Tak makan orang punya. Tak perlu gugup sampai tergagap-gagap.

Interview menjadi kayu pengukur sama-ada korang layak untuk diambil bekerja atau tidak. Cakap merapu, jawab tah apa-apa, selekeh dan gelabah. Alamatnya tipislah peluang.

Untuk interview kita perlu:

#1 Bersedia

Siapkan diri dengan pelbagai informasi. Communication skills kenalah bagus lancar dan pastikan korang tahu apa nak dicakapkan. Lagi satu, nak bercakap kan, mulut biar tak berbau. 

Tunjukkan pada future bos yang korang adalah orang yang dia cari-cari selama ini. Jangan terlalu overconfident. Bila soalan diajukan, jawab dengan tenang, dengan nada yang tegas bukan acuh tak acuh. Jika tak tahu, kata tak tahu atau tak pasti. Jangan memandai sampai kantoi. 

Bos bos pastinya nak korang beritahu dia apa yang korang boleh lakukan untuk syarikat, bukan asyik tanya apa yang syarikat boleh lakukan untuk korang.

Terangkan pada mereka kemahiran korang dan pastikan ceritakan kelebihan korang . Kalau boleh tunjuk, tunjuk! 

#2 Datang awal

Datang pastikan awal. Biar 15 minit atau lebih awal di tempat interview. Terlalu awal pun tak baik. Boleh menambahkan nervous. Kalau boleh sebelum gerak solat sunat dahulu.

Selain datang awal, ketahui lokasi sebenar tempat interview. Google street view atau tanya orang. Datang tengok jalan dahulu supaya tak tersesat. 

#3 Be Simple 

Jaga imej. Takkan pergi interview kerja pejabat pakai seluar koyak-koyak. Sendiri mau ingat lah. Biar kemas dan sedap mata memandang. Tips mudah, pakai baju polos kurang corak dan warna yang sedap dipandang.

Bau badan, pakai minyak wangi ala kadar. Asalkan hilang bau badan dan bau peluh gemuruh tu.

Misai jambang dan rambut untuk lelaki pastikan rapi. Untuk wanita, tudung atau rambut jangan lah serabut sangat. Kalau bertudung, tak perlu lilit sangat. Simple-simple asalkan kemas. Make-up boleh, tak perlu tebal sangat. Korang nak kerja ke nak make-up? hehe.

#4 Jujur

Cakap yang benar. Jangan tipu dan sorok. 

Kadang-kadang interviewer ni banyak soalan tricky, salah jawab..kantoi. Paling penting jangan kutuk orang / syarikat lama. Padah nanti.

#5 Silent Hp

Selain semasa interview kena silent hp supaya tak menggangu perjalanan interview, jangan lupa dalam masjid/tempat solat pun kena silent hp. 

Masa duduk menuggu turn interview elakkan banyak pandang hp. Mana tau bos tengok, alamak.. ni mesti suka main hp. Kerja nanti mcm mana agaknya. 

*Tips lain akan bersambung di penulisan seterusnya. Harap bersabar menunggu ye.

WA.

Seperti yang dijanjikan – Job Interview “Script” for Dummies

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s