Tabiat Kewangan IbuBapa & Kesan Kepada Anak-Anak

Salam.

Kanak-kanak akan ikut apa yang ditunjukkan oleh ibubapa dan orang-orang sekeliling.

Korang pernah dengar seorang anak kecil berusia dibawah 4 tahun berkata perkataan yang tidak sepatutnya diperkatakan? Mesti pernah kan? Terkejut tak? 

Kenapa anak kecil itu boleh berkata sedemikian? Pasti dia pelajari melalui apa yang telah didengarinya. Begitu juga dalam konsep kewangan. Memetik penulisan Blog GilaHartanah, saya sangat bersetuju dengan 5 tabiat buruk yang kita tak sedar dan selalu kita lakukan bersama anak-anak.

 

#1: Guna kad kredit depan anak-anak.

Pernah beberapa kali terdengar (semasa jalan-jalan di kedai menjual alat permainan kanak-kanak) dimana si anak ingin membeli sesebuah alat permainan yang baru dan si Ayah/Ibu kata “mahal lah. tak cukup duit ni..”Lantas si Anak menjawab, lah gunala kad ayah tu. Kan tak payah keluar duit?

Nampak tak? Anak-anak tidak mengerti bahawa Kad Kredit itu hanyalah medium pembayaran dan jumlah yang dibelanjakan perlu untuk dibayar semula. Justeru, adalah perlu jika kita dapat membuat bayaran dalam bentuk tunai. Supaya mereka tahu bahawa setiap pembelian akan mengurangkan jumlah wang. 

#2: Suka buat pembelian tak dirancang.

Jalan-jalan tengok barang best, terus grab and pay. Pay cash tak apa, ini swipe credit card.  

Kalau dah kita pun suka-suka hati nak beli barang tanpa rancang dengan betul, esok-esok anak-anak pun terikut lah. Nanti bila dia tak dapat, mula lah mengamuk satu mall. Barang yang dibeli secara suka-suka ni selalunya atas desakan kehendak dan bukanlah keperluan.

Hah! Jangan lupa, ajarkan anak-anak beza kehendak dan keperluan supaya mereka menjadi pembeli yang bijak!

#3: Tak pernah buat bajet perbelanjaan.

Banyak artikel dan perkongsian menyatakan bahawa kita perlu melibatkan anak-anak dalam merancang perbelanjaan. Setiap bulan, duduk semeja dan bincang berapa kita ada, berapa perlu simpan dan berapa perlu dibelanjakan. 

Jika mereka tahu “beban” yang kita tanggung InsyaAllah mereka akan faham dan belajar untuk memahami. 

#4: Gunakan isu “kemampuan” sebagai alasan.

Robert Kiyosaki pernah sebut dalam buku Rich Dad Poor Dad bahawa, jika kita kata kita TAK MAMPU bermakna selamanya kita tak akan mampu. Statement ini boleh membunuh impian diri sendiri dan diri anak tersebut. 

Jika anak-anak meminta untuk membeli sesuatu yang mahal, apa kata kita cuba galakkan dia untuk melihat harga benda itu, mahal tak? berbaloi tak jika kita beli? apa akan terjadi jika kita tak beli? Seterusnya, jika dia tetap mahu, cabar anak tersebut untuk melakukan satu deal. Deal supaya mereka perlu bekerja demi mendapatkan sesuatu! Menarik bukan?

Boleh minta Anak untuk membantu lakukan kerja rumah, seterusnya akan diberi upah. Ceritakan pada dia mengapa anda buat sebegitu. Berikan contoh pada diri sendiri. “Ayah dan Ibu sendiri perlu bekerja, perlu ke pejabat untuk mendapatkan wang buat kita sekeluarga..”

#5: Tak biarkan anak buat keputusan sendiri.

IbuBapa sering jadi overprotective kerana terlalu risau dan sayangkan Anak daripada melakukan kesilapan. Kemungkinan rasa itu perlu dikurangkan sedikit. Dalam menguruskan kewangan, cuba biarkan anak-anak untuk buat keputusan sendiri kemudian bawa berbincang sama-ada keputusan itu betul atau tidak.

Semasa kecil, kami adik beradik sering bermain permainan Monopoli / Saidina bersama-sama. Abah akan menjadi moderator dan menjadi penasihat. Beliau akan memberi pendapat jika ditanya dan selalu challenge kami dengan persoalan-persoalannya sebelum membuat keputusan dalam permainan tersebut. 

TAMBAHAN: #6 Beli barang mahal

Seringkali kita lihat, IbuBapa yang bawa anak-anak kecil mereka ke kedai kopi mahupun kedai aiskrim mahal. Tengok, kalau dah seringkali kita ajar mereka untuk rasa semua tu, besar nanti makan kat kedai biasa pun mereka bakal tak nak. Tak kurang juga dengan selalu membelanjakan mereka pakaian-pakaian berjenama dan mahal-mahal. Mana tak terbiasa.

Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dah jadi buluh nak lentur pun susah, silap-silap patah. Bermula awal dan mulakan dengan diri sendiri. Jika bukan kita siapa lagi? 

WA.

100% RECOMMENDED!!!!

BUKU RICH DAD POOR DAD (Edisi Bahasa Melayu)
bagi meningkatkan pemahaman mengenai
Pengurusan Kewangan 

BELI DISINI SEKARANG!!

Crop_webpts-380x577

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s