Audit diri di permulaan 2016 untuk keseimbangan hidup

Salam.

Macam-macam dah viral tentang orang yang berniaga pada hari ini. Ada Donut 10sen, ada Nasi Lemak Spiderman. Apa pun ia, semoga semua perniagaan yang halal diberkati Tuhan. Kalau dilihat dari sudut sambil lewa, orang ramai kata yang mereka ini tiada kerjapublisiti murahan dan sebagainya. Ramai juga yang melemparkan kata pujian..serta cemuhan. Eh, biarkanlah apa cara sekalipun, kalau ianya halal tetap halal.

Jika kita lihat dari pandangan lain, apa yang mereka lakukan adalah sebenarnya untuk mencari rezeki. Bagus lah mereka tidak meminta-minta dan menipu. Mereka ada daya tarikan tersendiri. Mereka bijak menarik pelanggan. Yang banyak cakap dan kritik adalah orang yang tiada apa-apa. Yang cuma sibuk dimedia sosial. Entah ada kerja atau tidak? 

Dah hampir dua bulan 2016 berlalu. Apa pencapaian kita setakat ini? Duit bonus dah habis buat belanja apa? 

Cuba tengok checklist kita tempohari, apa yang kita azamkan atau fikirkan untuk upgread dah berjalan belum?

  1. Solat
    5 waktu, solat sunat (dhuha, tahajut etc.) macam mana? Kalau Sunat tak mampu yang wajib jangan tinggal. 
  2. Zakat
    Yang bergaji dan berpendapatan, bayar zakat dah? 
  3. Hafal surah & Perbaiki Bacaan
    Berapa kali buka Al Quran pada 2016 ni? 
  4. Puasa Sunat
    Jom sama-sama puasa isnin khamis?
  5. Simpan 10% dari gaji (paling minimum)
    Gaji bulan 1…aku tanya apa khabar? 
  6. Kempen Si Hijau
    Saya dan isteri dah mula simpan RM5 hijau, anda dah? Rasa kekok juga simpan si hijau ni, tapi lama-lama ok lah! Berbelanja pun fikir2 dulu. 
  7. Menabung
    Balik kerja, semua syiling yang ada dalam poket keluarkan dan masuk dalam tabung. Tak pun beri pada anak untuk dia masukkan dalam tabung.
  8. Menderma
    Jumaat ada 4 kali sebulan. Satu Jumaat derma RM10 atau RM20 insyaAllah tak luak.
  9. Belajar
    Pendaftaran sepatutnya sedang dibuka! Alhamdulillah semalam scroll FB ada lihat gambar seorang kawan (umur 40 tahun++) berjaya menamatkan degreenya! 
  10. Melabur
    Kelas-kelas belajar untuk pelaburan saham dan property sedang hangat dijalankan. Takkan nak terlepas peluang? 
  11. Memulakan Perniagaan
    Saya letakkan azam tahun ini untuk jana RM10 minimum setiap minggu melalui online business! (Boleh follow – Asmaa’s Store)
  12. Tolong orang
    Berapa kali kita tolong orang tahun ini? Part yang ini memang hari-hari boleh buat. Terima kasih untuk kawan-kawan yang menolong saya pindah rumah! 
  13. Bawa bekal
    Makanan yang disediakan sendiri lebih terjamin qualiti dan kebersihannya. Jimat dan Sihat!
  14. Gaya hidup sihat
    Jom set dalam minda kita, setiap hari paling kurang 10 ribu langkah. Naiklah tangga, turun tangga lari-lari anak atleast dan jangan duduk saja. Kembang karang.
  15. Extra Language
    Kelas-kelas untuk extra language pun dah dibuka! Jom daftar!

Apa pun yang kita cuba tingkatkan pada tahun ini, antara yang paling penting bagi saya selain tingkatkan hubungan dengan pencipta adalah tingkatkan aset terbesar kita iaitu MINDA! Banyakkan pelaburan ilmu agar kita dapat gunakannya kalau bukan sekarang mungkin kelak! Ilmu tak boleh diwarisi, tapi ilmu boleh dipelajari. Ramai orang ada ilmu tak amal tak ambil action! 

WA.

Lazada Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s