Tips Cari Pengasuh/Taska

Salam.

Apabila kita dikurniakan cahaya mata, antara perkara utama yang akan difikirkan terutamanya bagi ibubapa yang bekerjaya adalah siapa dan dimana nak hantar anak. Ada orang memilih untuk hantar ke rumah mak, makcik, saudara, pengasuh atau pun taska. Terpulang kepada pilihan masing-masing. Cuma bila tiada pilihan yang banyak, selalunya ibubapa akan menghantar anak ke Taska atau Pengasuh.

Bagi yang bekerja, dalam sehari seorang anak akan duduk bersama pengasuhnya lebih kurang 10 hingga 12 jam iaitu dari jam 6:30pagi hingga jam 6:30petang. Selebihnya akan dihabiskan di rumah bersama ibu bapa. Tolak waktu tidur, hakikatnya masa yang ada cumalah tinggal 3jam sahaja (dari jam 6.30petang hingga jam 9.30malam).

Oleh itu, sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak ke Taska atau Pengasuh, sila buat sedikit research tentang Taska atau Pengasuh tersebut.

Berikut merupakan Tips Ringkas bagi mengenalpasti Taska/Pengasuh yang terbaik untuk anda.

Tips Kenalpasti Taska

1. Taska bermaksud taman asuhan kanak-kanak – Berdasarkan AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 [AKTA 308] Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. 

2. Taska mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat – Rujuk AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 [AKTA 308] 

3. Taska yang berdaftar perlu mengikut standard yang ditetapkan. Rujuk sini untuk maklumat lanjut.

taska

4. Berjumpa sendiri pihak pengurusan taska tersebut, temuramah dan pastikan anda dijelaskan dengan segala undang-undang / kontrak taska tersebut.

5. Cari taska yang mempunyai reputasi yang baik. Dapatkan recommendation rakan sekerja dan jiran-jiran taska mana yang terbaik.

6. Cari taska yang bersih. Lawat keseluruhan kawasan taska tersebut. Pastikan kawasan taska bersih, terutamanya tandas dan dapur. Kalau kotor, lupakan hasrat untuk menghantar anak ke taska tersebut.

7. Kenali guru-guru dan seluruh pengurusan taska. – Tambahan: Rajin-rajinlah bawakan makanan, bagi hadiah, atau belanja makan guru-guru tersebut. Nak orang layan anak kita baik, so layan lah orang dengan baik. InsyaAllah. 

8. Ketahui jumlah pelajar. Berapa ramai transit, berapa ramai bayi dll.

9. Ketahui jika mereka menyokong anak-anak yang breastfeeding atau tidak. Maklumlah, susu ibu EBM ni bukan mudah nak handle.

Tips Kenalpasti Pengasuh

Nota: Lebih kurang sama seperti Taska, cuma sedikit tambahan dan pengasuh jarang berdaftar dengan pihak JKM. Jika berdaftar lebih baik.

1. Cari pengasuh yang bersih dan mengamalkan amalan hidup yang baik.

Sebagai Muslim, carilah orang yang menjaga solat dan auratnya. Supaya boleh juga mengajar anak kita menjaga solat dan aurat insyaAllah. Lebih baik dinyanyikan anak kita zikir daripada lagu-lagu yang tak berfaedah. 

2.  Cari pengasuh yang sihat dan tidak terlalu berumur. 

Pengasuh biarlah sihat, waras, masih kuat tubuh badan dan tidak berumur. Risau pula jika pengasuh selalu tak sihat, anak kita siapa nak jaga? Risau juga jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Keselamatan anak adalah keutamaan.

3. Cari pengasuh yang berpengalaman.

Orang yang menjadi pengasuh selalunya orang yang sememangnya suka untuk mengasuh. Lihat record mereka sebagai pengasuh. Dapatkan nasihat rakan atau jiran yang mengenali beliau.

4. Anak selesa, pengasuh suka.  

Pastikan semasa berjumpa pengasuh bawa anak anda bersama. Lihat tingkah laku pengasuh kekok atau tidak? Lihat anak anda, sama ada semasa bersama pengasuh adakah anda rasa anak anda selamat? Apa pun, berserahlah pada Tuhan. 

Secara general, :

  1. Cari taska/pengasuh yangerdekatan dengan tempat tinggal / kerja anda – Senang nak hantar/ambil dan datang jika ada apa-apa.
  2. Cari rate yang berpatutan. Tak perlu terlalu mahal. Jika rasa berhenti kerja dan jaga anak lebih baik daripada bayar yuran pun ok! Ambil lah upah jaga anak orang juga sambil-sambil.
  3. Kurangkan tengok dan dengar cerita penderaan anak dan kemalangan yang berlaku di taska/rumah pengasuh. Benda nak jadi akan terjadi. Berdoa dan serah pada Tuhan semoga semuanya dipelihara.
  4. Tanam dalam diri, tiada yang sempurna. Bersedia dengan sebarang kemungkinan. (Tertukar botol susu, tertukar tuala, anak ada kesan gigitan dan banyak lagi.)

Semoga bermanfaat.

WA.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s