Kenal latar belakang pasangan

Salam.

Beberapa hari lepas ada seorang kawan contact saja sembang-sembang pasal nak kahwin. Tup-tup dia buka cerita, aku pun layankan… 

X: Aku dah nak menikah tak lama lagi.
F: Alhamdulillah bagus tu bro. Murah rezeki.
X: Tapi aku risau sikit lah. Belanja nak kahwin ni aku tak ada masalah.
F: Blur sekejap.. Oh? habis apa yang kau risau?
X: Masalahnya, tunang aku ni PTPTN dia hampir RM50 ribu. Lepas tu dia pulak tak kerja lagi. Bulan-bulan adalah untung buat MLM (Nama Program dirahsiakan).. tapi tu pun tak kemana sangat. 
F: Lah, yeke.. apa kata kau suruh dia cari kerja? Atau kau nasihatkan dia buat business yang stable sedikit?
X: Dah cakap, tapi emak tak bagi katanya. Dah tu baru-baru ni mak dia kata, nanti nak kahwin, rumah mak kena renovate. Minta hulur-hulur lah sikit.
F: Seriously bro, kalau aku kan memang aku pun ngeri.. blablabla..
*Perbualan dan topik ini sudah mendapat kebenaran si tuan punya kisah.

So, nak dijadikan cerita aku pun menasihatkan apa yang patut kepada si kawan. Sebenarnya bukan kali pertama aku dengar cerita seperti ini dan bukan dia sahaja yang pernah menghadapi perkara seperti ini. Hati dah cinta, janji dah terpaut. 

Ada seorang kawan lagi, dah kahwin baru tahu yang si isteri pernah buat personal loan untuk renovate rumah. Selepas dah kahwin, transfer credit pula.

Selain daripada kita lihat dari segi agamanya, rupa parasnya.. laporan kewangannya juga penting. Zaman sekarang sudah tidak berapa relevan lagi jika suami sahaja bekerja, isteri duduk rumah. Mungkin boleh untuk yang mampu. Tapi untuk yang berpendapatan biasa-biasa bagaimana?

Hendaklah kita sama-sama mengingati bahawa berkahwin itu bukan hanya untuk sedap (bahasa kasarnya) tetapi berkahwin adalah untuk kita berkongsi rasa dan tanggungjawab (suka dan duka). Si suami pun kalau taknak isteri kerja, pastikan dia berbusiness dari rumah. Biar jana pendapatan walau sedikit. Belajar berniaga / kemahiran. 

Ada juga wanita yang dapat suami yang suka duduk rumah, tak mahu bekerja. Parah ni. Kalau berbusiness boleh lah terima lagi. Kalau hanya mengharap isteri, macam mana?

Sebab tu lah kot mak-mak selalu cakap, nak kahwin kena kerja dulu. Apa-apa pun, hidup ada pilihan. Kita sudah dewasa, boleh pilih mana yang rasanya baik dan kurang baik untuk kita. Jodoh? Tuhan mu tahu yang terbaik untuk mu. Semoga Tuhan memberkati pilihan yang kita lakukan dalam hidup ini.

WA.

4 Jenis Orang | Knp Susah Dpt Kerja | 10 Tips Persediaan Perkahwinan

Lazada Malaysia

Advertisements

2 thoughts on “Kenal latar belakang pasangan

  1. guna ni sbg pedoman…

    Nikahilah Wanita Kerana 4 Perkara

    Hadis riwayat Abu Hurairah r.a: Dari Nabi saw. beliau bersabda: “Wanita itu dinikahi karena empat perkara; kerana harta bendanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, maka kamu akan beruntung.”

    (Shahih Muslim No.2661)

    harta benda no 1… faktor masalah kewangan antara penyebab utama penceraian.

    Pendapat peribadi bukan pasal nak menumpang senang tetapi tak nak tanggung beban hutang. Lepas kahwin macam-macam komitmen.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s