10 Business yang mudah dijalankan

Salam.

Antara isu utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada hari ini adalah kos sara hidup yang meningkat tinggi.

Kalau gaji dah tak cukup, kehidupan semakin tertekan. Emosi tidak menentu. Tetapi sepatutnya apabila kita mula ditekan, kita mesti sentiasa berfikiran positif.

Kita perlu work hard dan UBAH!

workhard
Nak sado pun kena kerja kuat. Ini pula nak tingkatkan taraf hidup.

Ubah gaya hidup, ubah mentaliti.

Untuk meningkatkan taraf hidup, salah satu perkara yang kita boleh buat adalah mula berniaga. Apa perniagaan yang sesuai? Modal kecil, mudah diuruskan dan kurang risiko tetapi menjajikan pulangan yang lumayan.

Berikut adalah cadangan perniagaan apa yang mudah untuk dilaksanakan, boleh dilakukan tanpa memerlukan modal melebihi RM1000.00 dan anda hanya perlu menggunakan social media untuk promote:

  1. Jual makanan/minuman
    Nak jual makanan & minuman ni sebenarnya sangat mudah. Semua orang perlukan makanan. Tak perlu buka kedai pun. Boleh jual sarapan pagi, jus buah, makanan bayi, cake, kuihmuih dan boleh dijual secara online.
  2. Perkhidmatan Servis
    Kalau ada kemahiran repair pipe, vape, alatan elektrik elektronik dan kereta boleh dilakukan secara door to door.
  3. Jual barangan bayi
    Banyak barangan bayi ni Made in China dan mudah didapati dan dibeli secara borong. Lebih-lebih lagi di Plaza GM.
    Harga barangan bayi yang dijual di hypermarket2 ni selalunya mahal. So ramai orang ambil kesempatan ini untuk jual secara online.
  4. Jual barangan lelaki/wanita
    Konsep sama seperti barangan bayi. Beli secara borong dan jual online. Pastikan servis anda baek! Kualiti pun baek! Harga pun baek! InsyaAllah laku.
  5. Jual produk
    Produk kecantikan, minuman, ubat-ubatan dan penjagaan kenderaan juga mudah untuk dilakukan. Cuma untuk produk yang mempunyai tarikh luput ni agak sukar untuk dimaintain.
  6. Kelas tuition
    Apa guna belajar tinggi-tinggi kalau tak dimanfaatkan. Kelas tuition ni selalu dijalankan pada waktu malam selepas office hour, weekend dan cuti sekolah.
  7. Designer
    Ramai orang nak buka syarikat / perniagaan. Salah satu perkara yang perlu dilakukan sebelum menubuhkan perusahaan adalah logo yang menarik! So, nampak peluangnya? Selain itu, boleh juga jadi designer Kad Kahwin, Banner dan buku.
  8. Recycler (PENGITARSEMULA)
    Kitar semula boleh buat duit! Jangan pandang hina perniagaan ini. Selain daripada tin dan besi buruk, laptop / komputer lama juga boleh dikitar semula. Besi, tembaga dan komponen komputer / alatan elektrik elektronik juga bernilai.
  9. Proofreader
    Mempunyai kemahiran bahasa / penulisan? Boleh jadi profreader kepada pelajar yang sedang menulis thesis khasnya. Proofreader, bukan content writer.
  10. Ahli muzik
    Lagi best jika ada band. Boleh buat persembahan di majlis kahwin contohnya. Hobi juga boleh dijadikan sumber pendapatan tau.

p/s: Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

BUKU WAJIB BELI SEBELUM ANDA MAHU MEMULAKAN BISNES SENDIRI
BELI DI SINI SEKARANG!!

Memulakan_Bisnes_Sendiri

 

 

Advertisements

2 thoughts on “10 Business yang mudah dijalankan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s