Silap itu sebenarnya OK

Salam.

Kadangkala kita sangat takut untuk membuat keputusan. Lebih-lebih lagi apabila perkara tersebut melibatkan nyawa dan wang. Tetapi sebenarnya kesilapan adalah sesuatu yang dapat mendewasakan kita dengan syarat kita mengambil ikhtibar dan belajar daripada kesilapan tersebut. Janggan bangga jika anda tidak pernah silap. Kerana tidak semua orang sentiasa berada di atas, kadangkala kita dibawah. Sebab itulah tuhan ciptakan perasaan sedih, gembira dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, melakukan kesilapan itu adalah OK. Kenapa?

# 1 Lumrah Manusia

Kita sebagai manusia biasa yang telah diciptakan mempunyai kelemahan. Kalau tidak pernah melakukan kesilapan sepanjang hayat, bermakna sesuatu tidak betul dengan diri kita. Mungkin. Kesilapan selalu terjadi jika kita suka ambil mudah sesuatu perkara, selalu tidak mahu ambil tahu dan tidak peka dengan apa yang bakal berlaku. Lumrah manusia, semua nak cepat. Kadang kita tak lihat the big picture of it. Apa kesan jika kita lakukan begitu dan begini. Jadikan amalan, sebelum buat sesuatu, kata sesuatu fikirkan kesannya kepada kita dan orang sekeliling.

Contoh, jika kita nak beli kereta, pastikan kita tahu spek kereta tersebut. Tahu berapa harga kereta tersebut. Tahu dimana kereta itu dijual dan paling penting mampukah kita bayar setiap bulan? Selain itu ramai juga lupa, ada tak kos tersembunyi jika aku beli kereta? Tanya banyak soalan dalam diri anda dan dapatkan nasihat orang lain sebelum membuat keputusan.

#2 Belajar dari kesilapan

Hidup ini selain daripada untuk dihabiskan dengan mendapatkan redha Tuhan, ia juga adalah tempat dimana kita perlu belajar. Belajar ada banyak cara. Ada jenis orang belajar ikut buku, try buat terus dapat. Ada orang belajar dah, tapi buat tak dapat-dapat. Silap sentiasa. Tetapi lebih baik

Tetapi perlu diingat melakukan kesilapan boleh diterima jika kita telah melakukan yang terbaik. Sebaik mungkin! 100%!

#3 Cuba lagi dan Bangun dari kesilapan

Hidup ini ada banyak pilihan. Kalau tak boleh Plan A, cuba Plan B. If you don’t like where you are today, just move. You are not a tree. Hidup ada banyak pilihan sebenarnya. Silap hari ini tidak semestinya gagal hari esok.

Untuk orang muda, kita tak sepatutnya cepat mengalah. Sentiasa ingat bahawa Tuhan sentiasa menguji hambanya yang kuat. Kerana Dia tahu kita mampu. 

Putus cinta bukan diakhiri dengan bunuh diri. Putus tunang bukan diakhiri dengan kiamat. Tertipu dalam jual beli bukan menjadi pengakhiran dunia. So, untuk apa jua keputusan yang dilakukan, pastikan:

5. Rujuk pada yang pakar – Tanya pendapat dan mohon nasihat. 

4. Tanya diri sendiri – Kalau aku buat macam ni, macam tu, apa kesannya? 

3. Minta pendapat ibubapa/keluarga – Sentiasa rujuk pada keluarga kita, sebab nanti mereka juga tempat kita mengadu nasib.

2. Pelajari selok belok – Belajar dengan orang, buku dan sebagainya mengenai apa yang yang ingin dilakukan.

1. Buat yang Muslim, beristikharah dan bertawakal pada Tuhan mu – Serahkan pada Allah, InsyaAllah. Tapi pastikan sudah lakukan yang terbaik!

WA.

Tambahan. 

FAIL (bermaksud gagal) tetapi bagi aku, FAIL itu bermaksud First Attempt In Learning. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s