Persediaan beli rumah..

Salam.

Fakta mengenai Mudahnya membeli rumah adalah betul. Namun konsep mudah itu dituruti dengan beberapa perkara lain.Haritu ada kawan-kawan minta tolong share dan guide tentang cara nak beli rumah. Tapi setelah dibincang-bincang di konsult-konsult seterusnya beliau terus rasa krik, krik. Kata mudah nak beli rumah. Tapi kenapa banyak sangat hal dan urusan? Terus rasa lemah semangat katanya. Agen kata bayar 10% tapi kau kata kena sediakan duit dalam 20% (daripada harga rumah).

Dengan itu, aku pun mula cerita pada si kawan bahawa sebelum kau nak beli rumah, pastikan kau bersedia dengan beberapa perkara. Antaranya:

#1 Kemampuan

Malaysiaringgit050615

Nak beli rumah apa? Apa tujuan beli? Ini soalan aku selalu tanya kalau ada orang datang bertanya. Selalu (basic) ramai akan kata nak duduk lah bro. Rumah Teres boleh dapat? 

Bahagian ni tricky sikit. Kalau nak beli rumah teres, dan nak duduk aku selalu terus tanya bajet berapa. Sebab setahu aku harga rumah teres di kawasan Selangor/KL memang mahal. 

Cadangan aku, tengok gaji tanya bank. Dapatkan nasihat pakar dari bank. Berapa jumlah layak loan korang dengan gaji yang korang ada. Then baru decide nak rumah apa. Selain itu, kalau usia masih muda beli lah satu rumah biasa dan sewakan. Mungkin harga RM100k kebawah yang bulanannya tak lebih RM500 serta sewanya dalam RM600 ke atas (sekadar cadangan).

Jangan lupa, duit cash 10% tambah 10% (rujuk sini untuk penerangan lanjut) untuk dibayar nanti. Tiada simpanan, tiada duit jangan berangan. Mesti kumpul modal. 

#2 Lokasi

beyond-the-checkin-where-location-based-social-networks-should-go-next-57971bff39

Dah tanya bank tadi, then buatlah market survey di kawasan mana anda nak. Senang saja, buka Mudah.my dan cari. Kalau tak pasti kawasan tu di mana, google dan buka street view. Buatlah paling kurang 10 listing, lepas tu call agen dan pergi tengok rumah.

Zaman gawat ni, saya dinasihatkan dan menasihatkan korang untuk cari yang dekat dengan tempat kerja. Tak perlu membazir minyak dan tol serta servis kereta. Buat kira-kira bincang dengan keluarga (kalau nak duduk sendiri). Kalau nak sewakan, cari dekat-dekat kawasan tumpuan.

Mengenai lain-lain persediaan boleh rujuk post – Panduan penting sebelum membeli rumah

Cuma sedikit tambahan, 

#3  Reputasi Pemaju / Management

image

Jika beli rumah sub-sale (rumah secondhand) cuba cek dengan penduduk kawasan perumahan mengenai pengurusan dikawasan tersebut. Mana tahu lif selalu rosak, banyak kes kecurian dan sebagainya. Ini juga penting kerana ini adalah tanggungjawab kita sebagai pembeli. Agen akan cakap perkara indah sahaja. (Cuba bayangkan kalau korang jadi agen) hehe. 

Kalau rumah tu baru nak dibina, pastikan pemaju adalah syarikat yang ada background jadi developer hartanah dan berprofail baik punya. Jangan main hentam percaya, beli-beli rumah tak naik-naik (berdasarkan pengalaman pelabur hartanah terkemuka Malaysia).

seminar-conference

#4 Belajar

Untung rugi pembelian dan pelaburan dipengaruhi oleh pengetahuan dan persediaan kita sebenarnya. Rugi dan risiko memang sentiasa ada. Pandu kereta pun ada risiko kemalangan bukan? Tapi risiko itu boleh dikurangkan dengan ilmu. So korang pergilah belajar (hadir kelas atau seminar) dan banyakkan membaca. 

Orang yang gagal merancang  dan mempersediakan diri sebelum melakukan sesuatu adalah orang yang merancang untuk gagal. 

WA.

Lazada Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s