Orang muda dan kereta

Salam.

Kereta adalah liabiliti. Banyak tips beli kereta untuk orang muda, paling utama, kita tidak disyorkan untuk beli kereta 1st hand / kereta yang ada ikatan dengan bank. Hutang lama (biasa orang ambil 9 tahun, susut nilai kereta teruk menigkat).

Orang muda maklumlah muda, suka benda baru dan bergaya. Beli kereta baru adalah trend kebanyakan orang muda sekarang. Baru mula kerja, dah beli kereta dan buat loan. Ada yang belum kerja tetap dah beli kereta gunakan “graduate scheme 0% down payment”.

Sekali lagi, kereta adalah liabiliti. Apabila kita ada komitmen dengan bank, sukar untuk kita buat loan seterusnya. Lainlah kalau kita rajin buat business kereta sewa.

Kereta apa pun kita mampu beli sebenarnya, cuma kita boleh jadi tak mampu bila kena bayar untuk service & maintenance dan lain-lain. 5 Cadangan saya, kalau nak beli kereta pastikan:

  1. Beli cash. Kalau tak mampu, cari kereta terpakai, atau beli kereta sambung bayar daripada ahli keluarga.
  2. Mampu peruntukkan sejumlah wang  setiap bulan khas untuk kereta 10% untuk kegunaan bulanan dan 5% untuk tahunan (renew roadtax, insurans & tukar tayar).
  3. Harga kereta adalah 10% hingga 15 % daripada gaji kasar. (Gaji RM3000 x 12 bulan =  RM36,000) so kereta yang boleh dibeli adalah RM3600 hingga RM5400. (Ini lah realiti sebenar untuk hidup tidak bergelut dengan hutang).
  4. Kalau beli kereta terpakai, kenal dan bersahabat dengan pomen.
  5. Beli kereta dibawah kemampuan, “jika anda mampu beli BMW cukuplah hanya dengan Proton Waja, Jika mampukan Ferrari cukuplah hanya anda beli Mercedes.” Saiful Nang. 

Berjimat sekarang, insyaAllah masa depan gembira.

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (Surah Yusuf: 48)

WA.
 

Lazada Malaysia

Advertisements

5 thoughts on “Orang muda dan kereta

    1. Nabilah, saya cadang kalau masih bujang , pakai yang murah dulu.

      Kadang-kadang ramai kita yang tak fikir panjang, sebenarnya memiliki kereta tu keperluan ke kehendak?

      Kalau masih boleh pergi kerja naik train, naik lah train. Kalau boleh balik kampung naik bas, naiklah bas.

      Wallahu a’lam.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s