JANGAN BELI RUMAH

Untuk anak muda macam kite-kite, saya sarankan jangan beli rumah jika korang:

#1 TAK jadikan menderma satu amalan & hobi 

Sentiasa ingat, the more we give the more we get. InsyaAllah. Sambil-sambil kita nak hidup senang, apa kata kita sama-sama senangkan hidup orang yang susah.

#2 Belum ada emergency funds (simpanan 1 bulan gaji paling baik 3 atau 6 bulan)

Kalau simpanan untuk kecemasan belum ada, baik lupakan sementara hasrat untuk beli rumah. Pentingya simpanan ini adalah untuk persediaan mendatang. Jika terjadi apa-apa pada kita seperti diberhentikan kerja, sakit, kereta rosak dan sebagainya at least kita ada backup. Kalau nak tukarkan simpanan ini kepada emas juga boleh (supaya tak mudah cair).

#3 Masih LOPONG bayar hutang PTPTN atau hutang lain

Bayaran balik tak cun, laporan CCRIS / CTOS mungkin bakal sangkut. Tidak kira apa jenis hutang pun, jika kita tidak ada amalan membayar hutang dengan baik, silap hari bulan rumah yang kita beli pun bakal tertangguh bayarannya. Hutang wajib dibayar, kelak tak lepas kita nak masuk syurga.

#4 TAK boleh simpan 10% dari jumlah pendapatan 

Tak kisah banyak mana pendapatan kita, yang penting kita perlu bayar diri sendiri dahulu. Jadikan ini amalan. Dengan berbuat demikian, kita mampu untuk mengawal perbelanjaan dan dapat berbelanja dengan jumlah wang yang limited selain daripada membuatkan kita jadi orang yang bijak mengurus kewangan.

#5 Tak ada pendapatan (tetap)

Dah tak ada pendapatan tetap, macam mana nak buat loan. Bank pun tak percaya. Kalau boleh beli cash tak apa lah! Gandakan usaha, cari kerja atau bina perniagaan yang stabil.

#6 Konon nak beat member (ikut-ikut orang)

Dengar orang ni dah beli rumah, aku belum lagi. Orang tu 25 tahun dah ada 3 rumah. Aku dah 27 tak beli apa lagi. Ini adalah satu pemikiran yang tidak berapa baik. Boleh cabar diri sendiri untuk capai sesuatu matlamat tapi kena ingat, matlamat biarlah jelas! Bukan sebab orang lain.

#7 Tak faham proses asas pembelian rumah

Ramai dah kan orang terkena dengan skim beli rumah murah dan mampu milik. Nak jadi seperti mereka? Tak nak bukan? Kalau tak nak, pelajari ilmu asas membeli rumah. Beli rumah tak macam beli kereta. Beli rumah prosesnya sedikit rumit. Jangan kalut, takut nanti semput. 

Apa pun, persediakan diri dengan ilmu dan wang yang cukup sebelum nak membeli rumah.Semoga kita semua dapat membeli rumah yang kita idamkan. InsyaAllah, ameen!

WA.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s