Tips dapat 10% downpayment rumah

Salam.

Tips ringkas ni aku didedikasikan buat family & friends yang mahu beli rumah dan rumah pertama khasnya. Perkongsian berdasarkan pengetahuan & pengalaman saja. Semoga bermanfaat.

Ulang tayang dari FB Post Fadhliyansah Saipul 14 June 2016.

post

Kawan, lu mau beli rumah ker? Tips asas dia, lu kena ada 10% deposit dari harga rumah lu mau beli dan 5 ke 10% lagi untuk kos guaman dll. So total harus ada 15% ke 20% betul?

Contoh, Harga Rumah RM 200,000.00 kena ada 20% = RM40,000.00

Banyak kan? Dah tau banyak. Lagi tak mau menyimpan kan. Tiap minggu minum kopi mahal, makan eskerim jenama luar negara, hisap vape lagi. (Jgn marah haa gurau..)

Apa lagi, menyimpan lah sebanyak dan sebijaknya. Ada alternatif lain juga sebenarnya seperti:

1. KWSP akaun 2
Syarat: Dah kerja, ada duit dalam akaun 2 KWSP.
Keluarkan banyak mana pun boleh. Cuma perlu tinggalkan baki RM500.
Maklumat lanjut – http://goo.gl/DUAJgq & http://goo.gl/lF8uqR

2. Pinjam keluarga
Pandai sendiri lah bincang baik-baik. Kadar faedah 0% cumanya jgn lupa nak bayar dan balas jasa baik mereka.
(Sebab tak cukup lagi 5%, cara ni aku guna pakai semasa beli rumah pertama tahun 2014)

3. MarkUp Loan
Bincang dengan agen / owner rumah. Rumah mestilah dijual bawah market value. Lagi cun jika penjual tak ambil 10% downpayment. Ada pros & cons. Pro – Tak perlu keluar banyak wang nak beli rumah, Cons – Bayar balik lebih tinggi & legal fees boleh jadi tinggi. Sila rujuk pakar.
Boleh tanya Aiman Hartanah Puncak Alam dia agen hartanah!

4. Rumah under-construction
Cari projek perumahan yang menawarkan macam-macam promosi. Ada yang zero-downpayment, ada rebat tunai, diskaun bumiputera pun lebih kurang 7%. Tips dia, kena carilah.

5. ASB
Yang ini konsep dia menyimpan. Dapat dividen jangan usik. Ingat, jangan usik.
Panjang sangat nak explain dan saya tidak pakar, boleh rujuk pakar atau baca sini. http://goo.gl/9VNogd

6. Emas
Beli emas banyak-banyak, masa harga naik jual dan buat modal. Sila rujuk pakar. Saya tak pakar, sorry.
(Boleh beli emas melalui kawan-kawan aku Auffa Khalaff, Syed Syairazi Syed Mustafar Khairul Ikhwan dll.)

7. Skim Rumah Pertama / My Deposit
Ini Kerajaan yang kata nak bagi, dapat tak dapat tak janji, sebab depa yang akan luluskan. Harap agar janji tak dicapati lah.
Rujuk sini:
Mydeposit – http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/content/mydeposit-write.html
Skim Rumah Pertamaku – http://www.srp.com.my/docs/html/soalan.html
*Bagi aku dua-dua Skim ni membuatkan orang jadi malas menabung.

8. Pinjaman peribadi – Boleh tetapi tak digalakkan. Pinjam, then bayar cepat2.

Lain-lain aku boleh kata, sama ada korang simpan duit bonus, menabung, kurangkan belanja, kerja lebih atau jana lebih pendapatan lah tips nak mampu beli rumah.

Boros, belagak kaya, tak nak belajar & tak nak kerja keras sikit memang payah.

Kena ingat juga, ada duit deposit tapi tak cukup syarat berikut pun tak semestinya layak beli rumah:

1. Berpendapatan tetap:
a. Kalau makan gaji lebih mudah (sebab tetap)
b. Kalau berniaga, asasnya –
– Kena daftar perniagaan dengan SSM
– Ada akaun bank atas nama perniagaan yg didaftarkan tu
– Pendapatan perniagaan masuk dalam akaun tersebut.
– Pendapatan dari akaun lain sebagai sokongan (jika ada)
– EPF & cukai boleh dijadikan sokongan (jika ada).
2. Pendapatan layak tak dengan harga rumah yang nak dibeli. Boleh cek dengan pihak bank.
3. Mempunyai laporan kredit yang baik. (Bayaran PTPTN tertunggak boleh buat anda tak layak buat loan)

(Baca sini, aku ada share pasal panduan penting nak beli rumah-https://fadhliyansah.wordpress.com/…/panduan-penting-sebel…/)

Share jika bermanfaat.

Kalau korang ada tips atau perkongsian, mohon kongsi juga diruang comment. Ilmu simpan sorang-sorang tak kemana.

P/S: Ini tips asas sahaja, untuk maklumat lanjut sila rujuk pakar. Agen Hartanah, Peguam, Bankers dan yang seangkatan dengannya.

WA.

Sempena bulan Ramadan ni, aku buat satu kempen #JOMDERMA. 

Korang boleh salurkan sumbangan TERUS (TANPA ORANG TENGAH) ke alamat & nombor akaun yang tertera dibawah.

Derma / sumbangan anda amatlah dihargai. Semoga akan dibalas dengan kebaikan.

Alang-alang tengah nak buat online banking nak bayar Kuih Raya, Baju Raya, Kasut Raya, Aksesori Raya.. Apa kata anda menderma:

#JOMDERMA Sepantas 1,2,3

1. Login ke Portal Online Banking anda (Maybank2u/Cimbclicks/Bank Islam dll)

2. Masukkan Jumlah Derma & No. Acc MAYBANK 564445501431(Asrama Anak-Anak Yatim Darul Taqwa)

3. Request TAC & Click CONFIRM

Jangan malu, DERMA ANDA ADALAH RAHSIA.

Asrama Anak-Anak Yatim Darul Taqwa
Berhadapan Pangsapuri Permai, Jln Sg Besi, KL
(Belakang LRT Sg Besi)

Acc MAYBANK 564445501431
(Asrama Anak-Anak Yatim Darul Taqwa)

P/S: Ini adalah initiatif sendiri, untuk maklumat lanjut boleh contact Fadhliyansah Hj Saipul.  Korang pun digalakkan share ok! 

JOMDERMA

 

Leave a comment